Wednesday, January 25, 2012

Reunion ( volume 4)


Hari yang dinantikan telah pun tiba. Pagi itu , mereka semua berkumpul di depan SMK Dato’ Bahaman. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Mereka bergerak secara berkumpulan dengan beberapa buah kereta dan motosikal.

“ Kita nak tunggu siapa lagi ni ?” soal Akma memandang Hakimi. Hakimi memandang jam di tangannya.

“ Tunggu Danny sekejap. Dia kata dia ajak kawan dia dari KL. Kejap lagi sampailah tu ,” jawab Hakimi. Akma angkat kening. Hari itu dia membawa Hani , Qila , Fara dan Nabila dengan satu kereta.

“ Ha tu , Danny dah sampai ,” ujar Luqman. Semua mata tertumpu ke arah Danny yang masih belum keluar dari kereta. Tidak lama kemudian Danny dan kawannya keluar dari kereta.

Akma tergamam seketika. Fiqri..? Kenapa mesti Fiqri kawan Danny. Pandangannya dan Fiqri bertemu. Akma terus saja masuk ke dalam kereta. Mood baiknya hari itu serta merta hilang.

“ Akma , kawan Danny tu handsomenya...” ujar Nabila sebaik saja masuk ke dalam kereta. Akma mengetap bibir menahan geram. Kawan – kawan perempuannya tak ada yang tahu itulah Fiqri. Akma langsung tidak pernah tunjukkan gambar Fiqri pada mereka. Hanya Hakimi , Ikram dan Luqman saja yang tahu.

“ Handsome perangai macam hantu nak buat apa ?”

“ Kau ni pandai je cakap orang tu macam hantu. Macamlah kau kenal

dia ,” rungut Nabila. Akma hanya senyap. Malas dia nak bertekak dengan Nabila. Tidak lama kemudian Hani , Qila dan Fara masuk ke dalam kereta.

“ Ha , jom kita dah boleh bertolak sekarang. Weh , kawan Danny tu handsomelah ,” ujar Hani. Akma benar – benar meluat. Pantas dia menekan pedal minyak lalu memecut keretanya meninggalkan kawan – kawannya di belakang.

****************

Dari tadi Ikram masih setia berada di belakang kereta Akma. Luqman sudah lena di tempat duduk belakang.

“ Lajunya Akma bawa kereta ,” ujar Ikram apabila melihat meter hampir mencecah 110. Hakimi menggeleng – gelengkan kepalanya.

“ Moody je lah dia kat sana nanti. Aku pun tak sangka Fiqri tu kawan Danny. Entahlah ,” balas Hakimi. Ikram tersenyum.

“ Macam – macam kes ,”

“ Tu , jangan bagi dia hilang. Kalau boleh , potong dia then jangan bagi dia potong balik. Aku risaulah...dia tu kalau dah naik angin , buat apa – apa bukan pakai otak..” cadang Hakimi. Ikram mengangkat kening sambil tersenyum. Dia cuba memotong kereta Akma tapi nyata amat susah. Dia tak nafikan Akma begitu cekap mengesan tindakannya. Akma memang tak bagi peluang untuk dia memotong.

****************

Sampai di tempat perkhemahan , mereka terus saja membahagi kumpulan untuk aktiviti di situ. Akma mampu menarik nafas lega apabila dia tidak ditempatkan satu kumpulan dengan Fiqri.

“ Okey , sekarang ni boys kita punya khemah sebelah sana and girls sebelah sana tu. Akma , kau handle okey. Apa – apa hal cari aku kat sebelah sana. Tak pun Ikram pun ada , okey ?” ujar Hakimi memandang Akma. Akma hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia mula rasa tidak selesa apabila Fiqri sejak tadi memerhati setiap gerak gerinya. Rasa nak sepak je jauh – jauh.

Akma terus saja mengikut teman – temannya ke tempat yang Hakimi maksudkan. Tiba – tiba Nabila menerkam ke arahnya.

“ Oii..sakitlah mak cik. Kau ni kenapa ?” soal Akma memandang Nabila. Nabila tersengeh memandang Akma.

“ Kau serius sangatlah , Ma. Seronoknya aku dapat satu group dengan Fiqri tu. Tapi nama dia sama dengan nama boyfriend kau lah , Ma ,” ujar Nabila meluahkan rasa kelirunya.

“ Nama je sama , orangnya lain. Takkanlah boyfriend aku boleh sesat ke sini. Mana dia kenal member kita. Apalah kau ni ,” balas Akma mematikan keraguan di hati Nabila. Nabila tersenyum puas.

“ Kau suka dia ke ?” duga Akma sambil membuka khemah di hadapannya. Nabila tersenyum memandang Akma.

“ Kau rasa dia macam mana ? Okey tak ?” Akma terdiam seketika. Timbul rasa cemburu di hatinya. Dia menarik nafas dalam – dalam.

“ Aku tak kenal dia. Manalah aku tahu dia macam mana , Bila. Kau try lah..mana tahu dia single lagi ,” ujar Akma dengan senyuman. Senyuman tanpa sebarang syak di mata Nabila.

“ Ehmm...nanti je lah. Sini aku tolong kau ,” ujar Nabila lalu menolong Akma mendirikan khemah.


*********************


Sejak tadi Danny perasan dengan perubahan Fiqri. Entah kenapa Fiqri senyap dan nampak moody.

“ Kau kenapa Fiq ?” soal Danny. Fiqri hanya menggelengkan kepalanya.

“ Kau gaduh dengan awek kau lagi ke ?” Fiqri tersenyum penuh makna.

“ Bukan gaduh lagi , kitorang dah break up pun. Entahlah...” jawab Fiqri sambil menguis – nguis pasir di hadapannya.

“ Hei , come on lah. Bunga bukan sekuntum pun. Bukan susah nak cari lain. Sekarang ni kau ikut aku ke sini kan nak enjoy dengan member – member aku..tapi aku cakap kat kau , tu Nabila tu. Ehmm...dia best. Dah la cantik...sporting je ,” ujar Danny sambil menunjuk ke arah Nabila yang bersama Akma. Fiqri tergelak. Dia bukan playboy yang senang – senang boleh gantikan Akma di hatinya.

“ Kawan sebelah dia tu...” ujar Fiqri. Danny tersenyum..

“ Ooh..Akma. Dia tu serius sikit. Alah kau tengok gaya dia je kau dah tahu. Tapi dia dah ada buah hati. Budak – budak katalah...aku pun tak pernah tahu buah hati dia macam mana orangnya. Aku budget budaknya mesti alim ,” ujar Danny bersungguh – sungguh. Fiqri tergelak sendiri. Alim...? Kalau Danny tahu dialah buah hati Akma yang dimaksudkan mesti Danny terkejut.


Reunion ( volume 3)



Selesai solat Subuh Akma mencapai hand-phonenya di bawah bantal. 23 missed call. Semuanya dari Fiqri. 2 message. Fiq.

‘ By , I’m so sorry k. Jgn bt sy mcm ni. Sy dah pnt brgdh..sy sygkan awak , syg sgt. sy akn cb jd sprti apa yg awk nak...’

‘ sy takkn sesekali tinggalkn awk , ingat tu !!! ’

Akma mengeluh membaca mesej – mesej tersebut. Dia tak tahu apa yang perlu dia buat sebenarnya. Dia juga tidak mahu tinggalkan Fiqri. Masih ada rasa sayangnya pada Fiqri. Cuma dia tidak pasti sayang yang bagaimana...Tiba – tiba air matanya mengalir. Hatinya sebak. Dia hanya mahu Fiqri berubah menjadi lebih baik. Itulah isu yang sering menjadi pertengkaran mereka. Bagaimana dia mahu meneruskan hubungannya dengan Fiqri dengan keadaan begitu...? Pantas saja jari jemarinya mendail nombor Fiqri.

“ Hello ,”

“ Hello...Fiq...”

“ Kenapa malam tadi tak jawab phone ?” soal Fiqri.

“ Orang dah tidur..penat sangat sebab semalam ada reunion kat sekolah lama ,” jawab Akma. Fiqri senyap seketika. Akma juga hilang kata. Lidahnya kelu.

“ Masih marahkan saya ke ?” soal Fiqri.

“ Marah nak buat apa ? Awak buat salah kat saya ke ?” soal Akma kembali. Fiqri mengetap bibir. Rasa terpukul.

“ Sayang...” Fiqri tergamam seketika mendengar perkataan ‘ sayang’ keluar dari mulut Akma. Lama dia menanti perkataan itu.

“ Saya bukan nak desak awak buat tu buat ni....ikut apa yang saya nak. Saya sayang awak , seadanya awak. Apa cuma nak awak jadi lebih baik. Tu je...Saya nak awak berubah , bukan untuk saya. Untuk diri awak...Semua tu tanggungjawab awak sebagai orang Islam. Tolong Fiq...saya pun dah penat bergaduh dengan awak. Dah tak larat kerja nak bercakap benda yang sama ,” ujar Akma panjang. Fiqri terdiam seketika. Akma lain hari itu. Nadanya tidak tegas seperti selalu. Tapi lembut seperti memujuk.

“ Saya akan cuba berubah...”

“ Itu je yang awak selalu bagitahu saya. Tapi saya tak pernah nampak pun apa yang berubah. Jangan sekadar berjanji , saya nak tengok buktinya. Boleh , kan ?” pinta Akma. Entah kenapa air matanya mengalir.

“ Saya akan cuba ,” balas Fiqri. Akma mengeluh.

“ Saya bagi awak masa sebulan..lepas tu , kita break up ,” putus Akma. Bagai nak jatuh jantung Fiqri mendengar butir bicara Akma.

“ By...takkan sampai macam tu sekali ,”

“ Tak ada tolak ansur dalam soal agama , Fiq. Saya dah banyak bersabar menunggu awak berubah. Saya dah tak larat nak menunggu lagi,” ujar Akma. Fiqri mengetap bibir.

“ Kalau saya kata...saya tak nak berubah ?” duga Fiqri. Tiba – tiba dia rasa egonya sebagai lelaki tercabar.

“ Kalau macam tu kita break up sekarang. Senang cerita...” jawab Akma yang mula naik angin.

“ Okey , kita break up !” talian putus. Akma mengetap bibir. Hatinya sedikit panas. Suka hati kau lah...!




Reunion ( volume 2)

Akhirnya Akma pergi juga majlis reunion tersebut. Ada sedikit debaran di hatinya. Lama dia tidak bertemu teman – teman sekolahnya. Termasuklah teman – teman baiknya sejak krisis yang melanda mereka. Dia sendiri tidak pasti apa yang membuatkan dia jauh hati dengan teman – teman baiknya , Qila , Hani dan Fara.

“ Ni kenapa tercegat lagi kat sini ? Jomlah masuk ,” ujar Nabila sambil menarik Akma agar masuk ke dalam dewan. Akma segera menarik tangannya semula. Nabila memandang Akma.

“ Kau ni kenapa ?”

“ Aku segan nak masuklah. Entah apa budak – budak tu cakap pasal aku nanti. Dahlah sebelum ni aku asyik mengelak jumpa diorang...” ujar Akma. Nabila mengeluh.

“ Tu lah , dulu masa bertindak , otak letak kat lutut. Tengok sekarang....Sudahlah tu. Lupakan yang dah jadi. Lagi pun , diorang tak tahu apa – apa pun pasal tu. Diorang tak tahu pun yang kau terasa dengan diorang semua. Aku je yang tahu ,” ujar Nabila. Akma berfikir seketika.

“ Betul kau tak ada bagitahu diorang ?”

“ Sungguh tak ada. Jomlah...”balas Nabila lalu menarik Akma masuk ke dalam. Suasana di dalam sedikit riuh. Memang meriah. Reunion yang grand. Lagu ‘ Selamat Berjuang’ nyanyian Kumpulan Brothers memenuhi ruang dewan.

Hakimi , Ikram , Anissa , Qila dan Luqman kelihatan begitu sibuk hingga langsung tidak perasan akan kehadirannya dan Nabila.

“ Macam orang bodoh je kat dalam ni ,” rungut Akma.

“ Kitakan VVIP ,”

“ Yelah kau...” balas Akma lalu melabuhkan punggung di kerusi di penjuru dewan. Kalau dulu , dialah orang yang paling sibuk jika ada majlis begini.

“ Eh Akma...lama dah sampai ?” sapa Hani tiba – tiba muncul. Akma cuba mengukir sebuah senyuman.

“ Lama tak lamalah. Baru jugak ,” jawab Nabila cuba melindungi perasaan Akma.

“ Tak nampak pun tadi ,” ujar Akma memandang Hani.

“ Ada kat dalam uruskan makanan baru sampai tu. Kau ni , kenapa tak involve handle reunion ni...? Kau tak ada , tu Hakimi tunggang terbalik buat kerja ,” usik Nabila. Dahi Akma berkerut.

“ Apa pulak. Anissa mana ? Bukan ke dia setiausaha program ,” balas Akma. Hani tersenyum.

“ Ya betul...tapi manalah Kimi biasa dengan Nissa tu. Dia dah biasa dengan kau , susahlah nak buat kerja dengan orang lain. Ehm...tak apalah. Kau ni kenapa ? Menyepi je selama ni ,” soal Hani. Nabila tersenyum sendiri. Akma menyiku Nabila disisinya.

“ Tak ada apalah , busy je...”
“ Yelah tu busy. Sejak keluar matriks , payah sangat nak jumpa kau. Aku balik kau bukan pernah ada kat umah....ada je hal ,” komen Hani. Akma mengalihkan pandangannya.

“ Nak buat macam mana , orang penting kat U , mestilah busy ,” usik Nabila. Hani tergelak kecil.

“ Hai...Akma. Lamanya tak jumpa kau. Rindu sangat kat kau ,” ujar Fara yang tiba – tiba saja muncul menyertai mereka. Fara terus saja menerpa ke arah Akma lalu memeluknya. Akma sedikit tergamam dengan tindakan Fara.

“ Akma , aku rindu giler kat kau. Sejak masuk U , payah sangat nak jumpa kau...” rungut Fara memandang Akma. Akma mengukir sebuah senyuman. Tiba – tiba hatinya sebak.

“ Sorry....aku....”

“ Argh...Akma !” mereka semua beralih ke arah Qila.

“ Hei , bila sampai....wah Akma , makin cantik kau. Kau tahu tak aku rindu sangat kat kau...kenapa call pun tak pernah dapat. Nak jumpa kau bila balik apa lagi...padahal rumah kau sejengkal je ,” ujar Qila. Akma hilang kata. Betul ke kawan – kawannya begitu merinduinya ??

“ Sorry....aku pun rindukan korang. Cuma....”

“ Cuma tak ada apa – apa. Jom ke sana...dah start tu.jom ,” potong Nabila. Dia tidak mahu mengeruhkan suasana hari tu. Akma melepaskan nafas lega. Syukur Nabila memotong kata-katanya.



**************

Puas Fiqri menghubungi Akma , namun sia – sia. Ke mana sajalah perginya Akma. Kerisauan mula bersarang di hatinya. Sejak pertengkaran minggu

lepas , Akma langsung tidak mahu menghubunginya. Marah lagikah Akma kepadanya. Fiqri melepaskan keluhannya. Mungkin benar salahnya kerana terlalu mendesak.

“ Saya tak boleh....Tak nak. Boleh tak awak faham...” ujar Akma. Fiqri mengeluh. Penat dia memujuk Akma. Keras benar hati Akma.

“ By...please. Kenapa By ni tak sporting langsung ...? Enjoylah sikit. Kita nak jumpa sebulan sekali pun susah , apa salahnya kita celebrite new year sama – sama ,” Akma mengeluh.

“ Celebrite new year...”

“ Please By. Saya nak celebrite new year ni dengan awak...Sekali ni je. Be more sporting...” pujuk Fiqri.

“ Sporting...? Awak dah lupa ke janji kita dulu ? Kan saya dah cakap awal – awal...sosial kita berbeza. Saya tak mungkin akan ikut cara awak. Kalau awak rasa susah dengan saya...awak tak dapat enjoy dengan saya...awak carilah orang lain. Saya rela lepaskan awak ,” putus Akma tegas. Fiqri terdiam....

“ No...saya takkan cari orang lain. Saya ingat janji kita...tapi saya cuma nak awak sporting je untuk kali ni...”

“ Sporting untuk perkara maksiat...? Suka hati awak lah. Saya takkan pergi. Lagipun mak dengan abah saya tak mungkin akan bagi...Fikirlah Fiq. Okeylah , saya ada kerja ni. Assalamualaikum ,”

“ Waalaikumussalam...”


****************


Fiqri sedikit terkejut apabila seseorang menepuk lembut bahunya. Adam tersenyum memandang Fiqri.

“ Gaduh dengan Akma hari tu tak okey lagi ?” soal Adam. Fiqri tersenyum tawar sambil menggeleng – gelengkan kepalanya.

“ Hai....entah apa nak jadi dengan korang ni. Aku pun tak faham. Dengan kau macam ni dia macam tu. Kau sedar tak , korang langsung tak sesuai tau. Kau ni kan kaki enjoy. Melepak sana melepak sini. Pun kadang – kadang clubbing , macam mana boleh sangkut dekat perempuan macam Akma tu...?” soal Adam. Fiqri melepaskan keluhan.

“ Entahlah , aku pun tak tahu. Tapi aku tak nak lepaskan dia. Bukan senang aku nak dapatkan dia dulu ,” balas Fiqri. Adam menggeleng – gelengkan kepalanya.

“ Walaupun korang memang tak serasi langsung...?”

“ Aku dah janji pada dia aku akan berubah...” jawab Fiqri.

“ Berubah kerana Allah Fiq , bukan kerana manusia...” balas Adam. Fiqri terdiam. Dia bingung memikirkan masalahnya dengan Akma.


************


Hakimi sudah berdiri di hadapan. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan. Semua mata tertumpu ke arahnya.

“ Sorry ganggu semua. Sebenarnya macam ni. Reunion kita tak berhenti setakat ini. Pihak pengurusan majlis telah cadangkan satu lagi program untuk kita semua. Itu pun kalau korang semua setuju ,” suasana sunyi. Tidak sabar menanti butir bicara Hakimi seterusnya.

“ Jadi , kita ada dua pilihan. Sama ada kita nak camping dekat Air Terjun Bekok dekat Chaah tu....atau rombongan ke Cameron Highland. Kita pilih salah satu. So , kita buat undian , ikut suara mejoriti ,” ujar Hakimi. Undian dimulai dengan rombongan ke Cameron Highland diikuti camping ke Air Terjun Bekok.

“ Okey , kalau ikut mejoriti...almost all nak camping. So...ehmm...Akma kau tak angkat tangan tadi...kau tak nak pergi ke ?” soal Hakimi cuba menarik perhatian Akma. Dia perasan fikiran Akma langsung tidak berada di dewan itu. Akma memandang Hakimi. Terkejut apabila namanya disebut.

“ Ha...?”

“ Itulah , lain kali orang cakap dengar. Bukan termenung ,” ujar Hakimi di hadapan. Akma bengang sendiri apabila semua mata memandang ke arahnya.

“ Macam mana ?” soal Hakimi kembali.

“ Apa yang macam mana ?” soal Akma.

“ Camping or Cameron ?”

“ Owh...okey. Kalau aku tak nak pergi boleh ?” soal Akma. Entah kenapa dia malas sangat dengan semua aktiviti tu. Kepalanya dah pening dengan masalahnya dengan Fiqri.

“ Akma...janganlah macam tu. Kitorang semua dah setuju nak camping. Pergilah...tak bestlah kalau kau tak ada ,” pujuk Hani. Akma memandang Hani.

“ Janganlah macam tu. Aktiviti ni untuk persahabatan kita...kita nak eratkan ukhwah kita ,” ujar Hakimi cuba melembutkan hati Akma. Akma masih senyap seribu bahasa.

“ Come on , Akma. Sportinglah...kita pergi bukan lama pun. Please...bila lagi kita nak macam dulu lagi. Sama – sama buat kerja...” Akma hilang kata. Terlalu banyak desakan dan pujukan. Dia mula berat hati mahu menolak.

“ Ehmm...yelah , aku pergi...” putus Akma. Jelas kegembiraan terpancar di wajah teman – temannya. Akma tersenyum melihat kegembiraan mereka. Hakimi tersenyum memandang Akma. Tak susah nak lembutkan hati Akma.

***************


Akma menarik nafas dalam – dalam melihat hand-phonenya. 56 missed called. Dia terlupa dia silent mode kan hand – phonenya tadi. Semuanya panggilan dari Fiqri. Akma menghubungi Fiqri semula.

“ Hello ,”

“ Hello , Fiq. Baru bangun tidur ke ?” soal Akma sambil melihat jam di tangannya. 7.40 malam. Fiqri tak sembahyang ke ?

“ Ha...?”

“ Fiq....” Akma hilang kata. Tidak tahu apa yang patut dia buat pada Fiqri. Dulu , Fiqri janji akan berubah , dia tak nampak pun apa yang berubah tentang Fiqri. Fiqri tak pernah berubah. Selalu clubbing , melepak sampai pukul 3 , 4 pagi , sembahyang jarang sekali.

“ By I’m sorry ,”

“ Sorry for what ? Say sorry to Allah. Suka hati awaklah , saya dah tak kuasa nak cakap lagi. Assalamualaikum ,” balas Akma lalu mematikan telefon.

“ By...By...” nyata talian sudah putus. Fiqri mengeluh. Dia memandang jam di tangannya. 7.45 malam...Dia sudah bosan didesak begitu. Akma terlalu mendesaknya. Mummy sendiri tidak pernah mendesaknya begitu. Fiqri rimas diperlaku begitu. Dia menarik nafas dalam – dalam lalu menyambung tidurnya. Dia malas memikirkan tentang Akma.


Akma benar – benar sakit hati. Dia benar – benar kecewa dengan Fiqri. Entahlah , sejak dia bercinta dengan Fiqri 3 bulan lalu , hubungan mereka tidak pernah aman. Ada saja isu yang membuatkan mereka bergaduh. Mungkin juga sebab dia tidak benar – benar mencintai Fiqri. Entahlah dia sendiri tidak pasti tentang perasaannya pada Fiqri.

Bunyi sms menarik perhatiannya. Akma segera mencapai hand-phonenya. Hakimi.

‘ Salam. Sory ganggu. Tgh buat pe ?’

‘ tak de buat pe pun. Tgh pening kepala psl Fiq’

‘ Kau ni tak sudh2 pening kepala. Psl apa pulak kali ni ?’ Akma mengetap bibir. Perlukah dia cerita semuanya pada Hakimi ?

‘ Entahlah , rs mcm hbgn kitorg trk sgt. Aku dah pnt krja brgadh dgn dia...’

‘ bnyi mcm mnyesl je..’

‘Adala jugk. ..’

‘ Kau tak syg dia ke...’

‘ Enthlh. Aku pun tak sure..’

‘ Hbs tu yg dulu kau terima dia bukn sbb kau memg sygkn dia ke...?’

‘ enthlh , jgn tnya lg. Aku tak reti nk jwb. Syg mgkn skdr kwn..sebb tu aku terima dia. aku terima dia dlu pn , dgn harapn dia akn berubh. Tp aku rs aku tak mmpu nk ubah dia...’ luah Akma.

‘ Sbb tu je kau terima dia...?’ pancing Hakimi.

‘ Mgkin jugk aku rs aku nak lupakan org yg aku suka...entahlah Kimi. Semuanya dah jadi celaru sekrg...aku sendiri tak psti perasaan aku pd dia’

‘ Fikirlh yg terbaik utk diri kau , Akma. Bukn org lain...Mungkn niat kau utk lupakan org yg kau suka tu btl , tapi caranya salh. Kt takkan bolh paksa hati kt utk lupakn sesuatu atau seseorg. Semua tu hnya ms yg tentukn...Kau terlalu terburu – buru bt keputusn...Tp msh ada ms utk fikrkn semula ,’ balas Hakimi. Akma membiarkan message Hakimi tergantung tanpa balasan. Fikir...? Entahlah , dia sudah hampir tidak rasional untuk berfikir. Lebih baik dia biarkan saja semua masalahnya. Dia malas mahu mencari penyelesaiannya...