Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Akma
mula tidak tentu arah. Dia benar – benar risaukan Hakimi. Takkan cari kayu api
saja boleh makan sampai dua tiga jam. Hujan yang turun semakin lebat. Mereka
semua sudah masuk ke dalam khemah.
“
Pukul berapa Kimi pergi tadi ?” soal Ikram. Wajahnya jelas menunjukkan
kebimbangan.
“
Dalam pukul 3 lebih macam tu. Macam mana ni ? Dah la dia sorang je kat dalam tu
,” luah Akma. Ikram , Luqman , Danny , Fiqri , Hani , Qila , Fara dan Nabila
yang ada di situ membisu seribu bahasa.
“
Takkan kita nak duduk je macam ni tunggu Kimi tu balik ,” ujar Akma sambil
memandang Ikram.
“
Macam ni , kita tunggu lepas maghrib. Kalau Kimi tak balik jugak , kita masuk
cari dia ,” putus Luqman. Akma menggeleng – gelengkan kepalanya.
“
Nak tunggu dah gelap baru nak cari. Nak nampak siapa ? Silap – silap pokok pun
kita boleh langgar ,” bantah Akma.
“
Akma , relaks okey. Aku yakin Kimi tak apa – apa. Kita tunggu lepas maghrib...”
pujuk Hani sambil memegang lembut bahu Akma. Akma menggeleng – gelengkan
kepalanya.
“
Tapi hati aku kuat kata ada yang buruk berlaku pada Kimi. Please Ikram , kita
cari Kimi sekarang ,” pinta Akma. Matanya mula berkaca. Kerisauan jelas
terpancar di wajahnya.
“
Tapi hujan lebat ni. Mana nak cari dia..?” ujar Danny. Akma memandang Danny.
Tajam sungguh pandangan itu sampai Danny tidak berani membalasnya kembali.
“
Kita duduk sedap – sedap kat sini , Kimi kat dalam tu yang entah hidup entah
mati kita biar macam tu. Kalau korang semua tak nak pergi cari , biar aku pergi
sorang !” putus Akma lalu bangun sambil mencapai lampu suluh.
Mereka
sedikit tergamam.
“
Akma..!!” jeritan Fara langsung tidak diendahkan. Akma sudah hilang dari
pandangan.
“
Man , cepat ikut Akma ,” arah Ikram. Pantas Luqman berlari mengejar Akma dari belakang.
“
Macam ni. Danny , Fiq tolong jaga tapak ni. Jangan ke mana – mana sampai
kitorang datang semula. Girls tolong jangan keluar dari tapak perkhemahan ni.
Please...kitorang akan balik secepat mungkin. Qila..ambik alih tempat Akma.
Pastikan tak ada apa – apa yang buruk berlaku kat sini.
Ingat tu ,” arah Ikram. Mereka
mengangguk faham.
Ikram
segera mencapai lampu suluh lalu masuk ke dalam hutan megekori mereka. Mereka
hanya melihat Ikram hilang ke dalam hutan. Harap mereka cepat bertemu Hakimi.
****************
Luqman hilang arah. Dia langsung tidak
dapat menjejaki Akma dalam hujan lebat begini.
“
Akma..!!!!” jeritan Luqman memenuhi kawasan itu. Dia menyapu air hujan yang
turun ke mukanya.
“
Mana Akma ?” soal Ikram yang baru sampai kepadanya.
“
Aku tak tahu...Dia hilang sebelum sempat aku ikut dia. Macam mana
ni ?” soal Luqman memandang Ikram.
Ikram mengeluh.
“
Entah , aku pun dah tak tahu nak buat macam mana. Sekarang ni Hakimi dengan
Akma pulak yang hilang...Tapi rasanya Akma takkan pergi
jauh ,” duga Ikram. Luqman terduduk.
“
Mana kita nak cari ni...? “ soal Luqman.
“
Macam ni , kau ke sana aku ke sebelah sini. Jumpa tak jumpa , kita jumpa balik
kat sini pukul 7. Lepas tu , kita balik semula ke tapak perkhemahan...” putus
Ikram. Luqman mengangguk setuju. Mereka berdua berpecah cuba menjejaki Akma dan
Hakimi.
Akma terus berjalan tanpa arah. Otaknya
hanya berfikir tentang Hakimi. Air mata sudah banyak mengalir. Dia benar –
benar risau akan Hakimi.
“
Kimi..!!!!” jeritan Akma hanya disambut dengan gema suaranya saja. Dalam hujan
lebat itu , pandangannya juga tidak jelas walaupun membawa lampu suluh.
Jalan
yang agak licin membuatkan Akma beberapa kali tergelincir.
“
Kimi...!!!” Akma menangis sendiri di dalam hujan. Dia buntu. Dalam masa yang
sama dia juga takut sendirian di dalam hutan begini. Apalagi hari menjelang
malam. Pelbagai andaian menerjah ke otaknya.
“
Kimi...aku takut....Ya Allah , selamatkanlah Hakimi Ya Allah. Aku mohon pada –
Mu. Bawalah aku bertemunya Ya Allah...,” tangis Akma.
Dia benar – benar tidak berdaya. Dia
sudah basah kuyup. Rasa sejuk mula mencengkam hingga ke tulang hitam. Dia cuba
bangun untuk meneruskan perjalanannya. Belum sempat Akma membuka langkah , dia
tergelincir lalu tubuhnya berguling – guling jatuh ke bawah.
****************
Ikram
dan Luqman kembali ke tapak perkhemahan dengan wajah hampa. Jelas menggambarkan
kekecewaan.
“
Akma mana ?” soal Qila memandang Ikram dan Luqman.
“
Kitorang tak dapat kejar dia. Dia pun sama hilang...” ujar Ikram. Mereka yang
lain terdiam.
“
Kita akan cari lagi malam ni. Boys , lepas solat maghrib ni kita masuk hutan
cari diorang. Kita tak boleh biarkan diorang sendiri dalam hutan tu. Macam –
macam boleh jadi ,” arah Ikram.
“
Aku nak ikut...,” ujar Nabila tiba – tiba.
“
Jangan. Biar kitorang je yang pergi. Girls tolong duduk sini dan jangan ke mana
– mana. Danny dengan Fiqri boleh tolong jaga girls kat sini ?” soal Ikram
memandang Danny dan Fiqri.
“
Kalau aku nak ikut cari dalam hutan boleh ?” pinta Fiqri. Danny memandang
Fiqri.
“
Takkan aku sorang lelaki kat sini ,” ujar Danny.
“
Kalau macam tu , Danny , Faizal dengan Hanif tunggu sini. Jangan tinggalkan
girls kat sini. Ingat tu ,” arah Ikram. Danny , Faizal dan Hanif mengangguk
faham.
“
Okey kalau macam tu , kita solat maghrib sama – sama lepas tu kita cari diorang
,” putus Ikram. Mereka semua mengangguk faham dan akur dengan perintah Ikram.
Selesai
solat maghrib berjemaah , mereka menunaikan solat sunat hajat , mohon Hakimi
dan Akma boleh mereka jumpa dengan selamat malam ini.
****************
Akma seperti sudah tidak berdaya.
Kepalanya pening akibat berguling dari atas. Perut rasa senak tidak terkata
sebab terlanggar pokok. Tiba – tiba dia rasa tenaganya habis. Dia menangis
sepuasnya.
“
Kimi...mana kau ? Kimi..!!!” jerit Akma sekuat hatinya. Dia mengumpulkan semua
tenaganya untuk bangun semula. Dia duduk semula. Pandangannya gelap. Dia cuba
meraba – raba lampu suluhnya namun sia – sia. Pantas dia meraba hand – phone di
poket seluarnya.
Mujur
hand-phonenya masih boleh digunakan. Pandangannya sedikit terang dengan bantuan
cahaya hand-phonenya. Dia cuba menghubungi Ikram , namun sia – sia kerana
kawasam tersebut langsung tidak dapat talian.
Tiba
– tiba seekor katak agak besar melompat ke kakinya. Serta – merta Akma menjerit
lalu melompat ke tempat lain. Katak tersebut benar – benar mengejutkannya. Akma
memandang ke kawasan sekeliling.
Bunyi
air terjun jelas kedengaran. Dia pasti kedudukannya pasti tidak jauh dari air
terjun. Dia cuba bangun untuk meneruskan perjalanannya. Baru saja melangkah dua
tapak , kakinya tersadung akar yang banyak merintang di tanah.
Sekali
lagi perutnya senak kerana terkena akar pokok tersebut. Hand – phonenya
tercampak. Kakinya sakit tidak terkata.
“
Hai , Kimi. Kenapa besar sangat ujian aku nak cari kau. Cepatlah kau muncul.
Aku dah tak larat dah ni. Boleh mati aku macam ni ,” rungut Akma sendiri.
Hilang rasa takutnya dalam keadaan sebegitu. Akma segera mendapatkan
hand-phonenya yang tercampak ke dalam semak.
Sebaik
saja mencapai hand-phonenya , Akma menjerit sekuat hati lalu menjauhi kawasan
tersebut. Dia menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Lama dia menjerit
akhirnya dia berhenti juga. Dia cuba melihat kembali apa yang dia nampak
sebentar tadi.
Sekujur
tubuh tidak bergerak sedang tertiarap di dalam semak. Akma takut – takut
menghampiri tubuh tersebut. Mungkinkah mayat seseorang...? tiba – tiba dia
teringatkan Hakimi.
“
Kimi...?” Akma segera mendapatkan tubuh tersebut. Dia yakin itulah Hakimi
kerana dia kenal sweater Hakimi. Akma cuba menggerakkan tubuh tersebut , namun
sia – sia.
“
Kimi..Kimi...bangunlah. Janganlah menakutkan aku ,” ujar Akma. Dia beranikan
diri cuba membalikkan tubuh tersebut.
“
Kimi..!!!” terkejut dia melihat darah di dahi Hakimi. Matanya tiba – tiba
terpandang kesan darah pada seketul batu yang agak besar. Air mata mula
mengalir ke pipinya.
“
Kimi bangun Kimi...Bangun...” tangis Akma sambil menggoncang tubuh Hakimi.
Usahanya sia – sia. Akma menangis lalu bersandar pada sebatang pokok.
Fikirannya buntu. Dia tak mungkin dapat membawa Hakimi keluar dari situ.
****************
Mereka sudah mula putus asa mencari
Akma dan Hakimi. Jam di tangan menunjukkan pukul 10 malam. Sudah hampir 2 jam
mereka di dalam hutan. Namun langsung tidak mendatangkan hasil.
“
Macam mana ni ?” soal Fiqri memandang Ikram. Ikram menggeleng – gelengkan
kepalanya.
“
Entahlah. Aku dah cakap dengan diorang kalau dah pukul 10 semua kena balik
semula ke tapak perkhemahan ,” ujar Ikram.
“
Habis Kimi dengan Akma macam mana ?” soal Fiqri.
“
Itu yang aku risaukan. Tak apalah. Kita cuba ke depan sikit. Kita balik pukul
10.30 ,” putus Ikram lalu meneruskan perjalanannya. Fiqri akur dengan kata
Ikram.
“
Akma...!!!! Kimi...!!!!” mereka bergilir – gilir menjerit nama Akma dan Hakimi.
Namun panggilan mereka langsung tidak bersahut. Hanya kedengaran gema suara
mereka.
Tangis Akma serta merta berhenti sebaik
saja mendengar namanya dan Hakimi dipanggil. Dia cuba mencari arah datangnya
suara itu. Tapi dia kenal itu suara Ikram.
“
Ikram...!!!!!” jerit Akma sekuat hati dengan harapan Ikram akan mendengar
suaranya.
“
Kimi...tolonglah jangan mati. Kau tak boleh tinggalkan kitorang ,” tangis Akma.
“
Akma....!!! Kimi...!!!!” suara Ikram semakin hampir. Tiba – tiba dia terdengar
bunyi derap kaki meredah semak.
“
Ikram..!!!” jerit Akma. Serta – merta derap kaki itu terhenti.
“
Akma , kau kat mana ? Aku tak nampak kau ,” soal Ikram. Suara Ikram benar –
benar dekat dengannya.
“
Aku kat bawah ni. Ikram cepat...Kimi Ikram. Kimi teruk ni ,” tangis Akma
bersungguh – sungguh.
“
Kat bawah mana ?” soal Ikram mula cemas. Haluan lampu suluhnya mula tidak tentu
arah. Fiqri turut mencari arah suara Akma.
Akma
buntu seketika. Dia mencapai hand – phonenya lalu menghalakannya ke atas dengan
harapan Ikram akan dapat mengesannya.
“
Ikram , kau tengok bawah cari cahaya. Aku kat situ ,” ujar Akma. Ikram dan
Fiqri cuba mengikut arahan Akma namun sia – sia. Mungkin Akma bukan di sekitar
mereka.
“
Akma aku tak dapat kau. Kau tak boleh keluar ke ?” soal Ikram.
“
Aku tak dapat naik. Licin sangat ,” jawab Akma.
“
Macam mana ni ?” soal Fiqri.
“
Kita kena cari sekitar sini sampai dapat. Selagi tak dapat kita tak boleh balik
,” ujar Ikram. Fiqri mengangguk faham. Mereka terus berjalan di sekitar kawasan
itu.
“
Akma , kau dengar sini. Sekarang suara aku makin dekat atau makin jauh dari kau
?” soal Ikram. Tiada jawapan.
“
Akma...”
“
Suara kau makin jauh tapi bunyi orang berjalan makin dekat ,” jawab Akma cuba
memberi isyarat kepada Ikram.
“
Fiqri kau jalan terus ,” arah Ikram. Akma terdiam seketika.
“
Fiqri ?” ujar Akma sendiri.
“
Okey , macam mana sekarang ?” soal Ikram.
“
Suara kau makin dekat , bunyi orang berjalan makin jauh ,” ujar Akma. Serta –
merta Fiqri berhenti. Maknanya dia sudah melepasi tempat Akma. Dia berpatah
balik.
“
Ikram , sini. Tu cahaya hand-phone tu ,” ujar Fiqri separuh menjerit sebaik
saja melihat cahaya kecil di bawah sebatang pokok.
“
Akma , kitorang dah dapat kau ,” ujar Ikram dari atas sambil menyuluhkan lampu
suluhnya ke arah Akma.
“
Ikram , cepat turun. Hakimi teruk ni...” desak Akma.
“
Sekejap , kitorang turun ,” ujar Ikram.
“
Kalau kita berdua turun , siapa nak bawa Hakimi naik ke atas ?” soal Fiqri.
Ikram senyap seketika. Dia mengakui kata – kata Fiqri. Tiba – tiba dia
terdengar bunyi deruan air terjun.
“
Aku rasa bawah ni air terjun. So kita boleh bawa Hakimi balik lalu bawah. Akma
, bawah tu air terjun ke ?” soal Ikram dari atas. Akma segera bangun cuba
memeriksa kawasan sekeliling. Nyata tekaan Ikram itu benar.
“
Ha...air terjun ! “ jerit Akma dari bawah.
“
Okey Fiq , kita turun sekarang. Kita kena bawa Hakimi keluar dari sini cepat ,”
ujar Ikram. Fiqri mengangguk setuju. Perlahan – lahan mereka cuba turun ke
bawah tapi akhirnya mereka sama – sama tergelincir jatuh ke bawah.