Wednesday, January 25, 2012

Reunion ( volume 4)


Hari yang dinantikan telah pun tiba. Pagi itu , mereka semua berkumpul di depan SMK Dato’ Bahaman. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Mereka bergerak secara berkumpulan dengan beberapa buah kereta dan motosikal.

“ Kita nak tunggu siapa lagi ni ?” soal Akma memandang Hakimi. Hakimi memandang jam di tangannya.

“ Tunggu Danny sekejap. Dia kata dia ajak kawan dia dari KL. Kejap lagi sampailah tu ,” jawab Hakimi. Akma angkat kening. Hari itu dia membawa Hani , Qila , Fara dan Nabila dengan satu kereta.

“ Ha tu , Danny dah sampai ,” ujar Luqman. Semua mata tertumpu ke arah Danny yang masih belum keluar dari kereta. Tidak lama kemudian Danny dan kawannya keluar dari kereta.

Akma tergamam seketika. Fiqri..? Kenapa mesti Fiqri kawan Danny. Pandangannya dan Fiqri bertemu. Akma terus saja masuk ke dalam kereta. Mood baiknya hari itu serta merta hilang.

“ Akma , kawan Danny tu handsomenya...” ujar Nabila sebaik saja masuk ke dalam kereta. Akma mengetap bibir menahan geram. Kawan – kawan perempuannya tak ada yang tahu itulah Fiqri. Akma langsung tidak pernah tunjukkan gambar Fiqri pada mereka. Hanya Hakimi , Ikram dan Luqman saja yang tahu.

“ Handsome perangai macam hantu nak buat apa ?”

“ Kau ni pandai je cakap orang tu macam hantu. Macamlah kau kenal

dia ,” rungut Nabila. Akma hanya senyap. Malas dia nak bertekak dengan Nabila. Tidak lama kemudian Hani , Qila dan Fara masuk ke dalam kereta.

“ Ha , jom kita dah boleh bertolak sekarang. Weh , kawan Danny tu handsomelah ,” ujar Hani. Akma benar – benar meluat. Pantas dia menekan pedal minyak lalu memecut keretanya meninggalkan kawan – kawannya di belakang.

****************

Dari tadi Ikram masih setia berada di belakang kereta Akma. Luqman sudah lena di tempat duduk belakang.

“ Lajunya Akma bawa kereta ,” ujar Ikram apabila melihat meter hampir mencecah 110. Hakimi menggeleng – gelengkan kepalanya.

“ Moody je lah dia kat sana nanti. Aku pun tak sangka Fiqri tu kawan Danny. Entahlah ,” balas Hakimi. Ikram tersenyum.

“ Macam – macam kes ,”

“ Tu , jangan bagi dia hilang. Kalau boleh , potong dia then jangan bagi dia potong balik. Aku risaulah...dia tu kalau dah naik angin , buat apa – apa bukan pakai otak..” cadang Hakimi. Ikram mengangkat kening sambil tersenyum. Dia cuba memotong kereta Akma tapi nyata amat susah. Dia tak nafikan Akma begitu cekap mengesan tindakannya. Akma memang tak bagi peluang untuk dia memotong.

****************

Sampai di tempat perkhemahan , mereka terus saja membahagi kumpulan untuk aktiviti di situ. Akma mampu menarik nafas lega apabila dia tidak ditempatkan satu kumpulan dengan Fiqri.

“ Okey , sekarang ni boys kita punya khemah sebelah sana and girls sebelah sana tu. Akma , kau handle okey. Apa – apa hal cari aku kat sebelah sana. Tak pun Ikram pun ada , okey ?” ujar Hakimi memandang Akma. Akma hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia mula rasa tidak selesa apabila Fiqri sejak tadi memerhati setiap gerak gerinya. Rasa nak sepak je jauh – jauh.

Akma terus saja mengikut teman – temannya ke tempat yang Hakimi maksudkan. Tiba – tiba Nabila menerkam ke arahnya.

“ Oii..sakitlah mak cik. Kau ni kenapa ?” soal Akma memandang Nabila. Nabila tersengeh memandang Akma.

“ Kau serius sangatlah , Ma. Seronoknya aku dapat satu group dengan Fiqri tu. Tapi nama dia sama dengan nama boyfriend kau lah , Ma ,” ujar Nabila meluahkan rasa kelirunya.

“ Nama je sama , orangnya lain. Takkanlah boyfriend aku boleh sesat ke sini. Mana dia kenal member kita. Apalah kau ni ,” balas Akma mematikan keraguan di hati Nabila. Nabila tersenyum puas.

“ Kau suka dia ke ?” duga Akma sambil membuka khemah di hadapannya. Nabila tersenyum memandang Akma.

“ Kau rasa dia macam mana ? Okey tak ?” Akma terdiam seketika. Timbul rasa cemburu di hatinya. Dia menarik nafas dalam – dalam.

“ Aku tak kenal dia. Manalah aku tahu dia macam mana , Bila. Kau try lah..mana tahu dia single lagi ,” ujar Akma dengan senyuman. Senyuman tanpa sebarang syak di mata Nabila.

“ Ehmm...nanti je lah. Sini aku tolong kau ,” ujar Nabila lalu menolong Akma mendirikan khemah.


*********************


Sejak tadi Danny perasan dengan perubahan Fiqri. Entah kenapa Fiqri senyap dan nampak moody.

“ Kau kenapa Fiq ?” soal Danny. Fiqri hanya menggelengkan kepalanya.

“ Kau gaduh dengan awek kau lagi ke ?” Fiqri tersenyum penuh makna.

“ Bukan gaduh lagi , kitorang dah break up pun. Entahlah...” jawab Fiqri sambil menguis – nguis pasir di hadapannya.

“ Hei , come on lah. Bunga bukan sekuntum pun. Bukan susah nak cari lain. Sekarang ni kau ikut aku ke sini kan nak enjoy dengan member – member aku..tapi aku cakap kat kau , tu Nabila tu. Ehmm...dia best. Dah la cantik...sporting je ,” ujar Danny sambil menunjuk ke arah Nabila yang bersama Akma. Fiqri tergelak. Dia bukan playboy yang senang – senang boleh gantikan Akma di hatinya.

“ Kawan sebelah dia tu...” ujar Fiqri. Danny tersenyum..

“ Ooh..Akma. Dia tu serius sikit. Alah kau tengok gaya dia je kau dah tahu. Tapi dia dah ada buah hati. Budak – budak katalah...aku pun tak pernah tahu buah hati dia macam mana orangnya. Aku budget budaknya mesti alim ,” ujar Danny bersungguh – sungguh. Fiqri tergelak sendiri. Alim...? Kalau Danny tahu dialah buah hati Akma yang dimaksudkan mesti Danny terkejut.


No comments:

Post a Comment