Monday, May 26, 2014

Reunion ( Volume 8 )




Keadaan di tapak perkhemahan agak kecoh kerana Ikram dan Fiqri pula yang tidak muncul.
            “ Macam mana sekarang ni ? Dah makin ramai yang hilang ,” tangis Anissa yang mula takut. Linda setia di sisi Anissa cuba menenangkannya.
            “ Janganlah buat keadaan jadi makin kelam – kabut. Kau nangis macam ni macam diorang semua akan balik ,” balas Danny yang mula panik.
            “ Cuba relaks. Janganlah risau sangat. Ikram dah biasa dengan selok – belok hutan tu. Tahulah dia ,” ujar Luqman cuba meyakinkan mereka. Tapi hatinya sendiri tidak yakin dengan apa yang dia katakan.
            Jam menunjukkan pukul 12.05 tengah malam. Masing – masing tidak dapat melelapkan mata. Mereka duduk mengelilingi unggun api. Kesugulan jelas terpancar di wajah mereka.
            “ Entah apa nasib mereka kat dalam tu ,” ujar Nabila. Matanya sudah merah kerana menangis. Fara memeluk bahu Nabila. Pantas Nabila memeluk Fara disisinya.
            “ Aku takut kalau ada apa – apa jadi pada Akma ,” tangis Nabila di dalam pelukan Fara. Hani dan Qila menghampiri Nabila dan Fara.
            “ Sabarlah Bila. Kitorang pun takut kalau ada apa – apa jadi pada Akma. Bukan Akma sorang , Kimi , Ikram...Fiqri pun. Kita banyak – banyaklah
berdoa ,” pujuk Hani turut memeluk Nabila.
            “ Aku risaukan Fiqri. Dia tu tak biasa masuk hutan ,” luah Danny.
            “ Kau risaukan dia , macamlah dia tu perempuan...” tingkah Linda. Danny memandang Linda.
            “ Aku risau sebab dia tu kawan aku..” tingkah Danny semula.
            “ Sudahlah , jangan nak bergaduh pulak. Sekarang ni kita fikir macam mana nak cari Ikram , Fiqri , Hakimi dengan Akma kat dalam tu. Siapa yang berani nak masuk dalam tu semula ?” soal Faizal. Mereka yang lain senyap.
            “ Aku rasa kita jangan masuk dalam lagi. Aku takut makin ramai pulak yang hilang. Lagi malam macam ni. Macam – macam boleh jadi. Kita tunggu esok lepas Subuh je ,” cadang Luqman.
            “ Tapi Akma macam mana ?” soal Nabila.
            “ Aku tahu kau risaukan dia. Kitorang pun risaukan dia. Tapi apa yang kita boleh buat sekarang , kita doa supaya semuanya selamat...” jawab Luqman. Mereka yang lain mengangguk setuju.
            “ Girls , rasa korang masuk dalam khemah dulu. Sejuk ni , takut nanti ada yang sakit pulak. Lagi susah ,” cadang Faizal. Mereka akur dengan kata – kata Faizal.


Sampai di bawah , mereka segera mendapatkan Akma di tepi pokok. Jelas Akma kelihatan sungguh tidak terdaya.
            “ Akma , kau okey ke ? Kimi mana ?” soal Ikram memandang Akma. Fiqri masih tidak bersuara. Tidak tahu apa yang perlu dia kata pada Akma apalagi petang tadi mereka baru saja bergaduh.
            “ Tu , dia tak sedar dari tadi. Kepala dia terhantuk batu tu. Aku rasa banyak darah keluar. Tengok kat batu tu je dah tahu ,” ujar Akma. Air matanya bergenang di kolam mata.
            Ikram segera mendapatkan Hakimi. Dia cuba merasai degupan jantung Hakimi. Akma dan Fiqri hanya melihat tingkah Ikram.
            “ Degupan jantung dia makin perlahan. Kita kena cepat bawa Kimi ke klinik terdekat. Fiq , cepat...kita dah tak ada banyak masa ni ,” ujar Ikram sambil cuba membangunkan Hakimi. Pantas Fiqri menurut perintah Ikram. Mereka berdua sedaya upaya cuba memapah Hakimi.
            “ Awak boleh jalan tak ?” soal Fiqri memandang Akma. Akma hanya mengangguk lemah.
            “ Kau nampak teruk , Ma ,” ujar Ikram. Akma menggeleng – gelengkan kepalanya.
            “ Aku okey lagi. Tak pe , korang papah Kimi tu cepat ,” ujar Akma. Mereka bangun sambil memapah Hakimi. Akma cuba mengumpulkan seluruh tenaganya untuk meneruskan perjalanan.
            Sampai di tengah jalan , Akma dapat rasakan dia sudah benar – benar tidak berdaya. Langkahnya semakin perlahan.
            “ Akma , awak dah tak larat ke ?” soal Fiqri. Akma sudah tidak dapat bertahan. Dia terduduk di atas pasir di gigi air. Dia sudah tidak larat mahu meredah air yang semakin deras.
            “ Korang pergilah dulu bawa Kimi pergi. Jangan risaukan aku , tahulah aku balik sendiri ,” ujar Akma. Nafasnya mula tersekat – sekat.
            “ Tak boleh , awak kena balik jugak dengan kitorang ,” tegas Fiqri memandang Akma.
            “ Tapi nyawa Kimi lebih penting ,”
            “ Tapi keselamatan awak pun penting juga untuk saya. Jom , saya papah awak sekali. Kita kena sampai cepat ,” desak Fiqri. Ikram hilang kata.
            “ Saya tak nak ,” kedegilan Akma benar – benar menguji kesabaran Fiqri. Kenapa dalam keadaan macam ni Akma masih mahu berdegil..?
            “ Please Akma...” pinta Ikram. Dia juga berat hati mahu meninggalkan Akma sendirian di sini. Walaupun mereka sudah keluar dari kawasan hutan , tapi selagi belum sampai di tapak perkhemahan , dia tidak rasakan tempat itu selamat.
            “ Kalau awak tak nak fikir tentang diri awak , tolong fikir tentang Kimi. Kitorang takkan bergerak selagi awak tak ikut kami balik ,” putus Fiqri. Dia tidak punya alasan lain untuk melembutkan hati Akma. Hanya Hakimi kelemahan Akma. Akma senyap seketika.
            “ Please Akma. Kesiankan Kimi. Kita dah tak ada banyak masa ni..aku takut kalau...”
            “ Yelah , yelah aku ikut. Tapi aku nak jalan sendiri ,” putus Akma. Dia cuba kuatkan semangat untuk meneruskan perjalanan. Nyawa Hakimi begitu penting baginya.. Dia tidak mahu apa – apa yang lebih buruk terjadi kepada Hakimi.



Kira – kira jam 3.30 pagi mereka tiba di tapak perkhemahan. Faizal , Danny dan Luqman yang masih berjaga segera mendapatkan mereka. Akma benar – benar sudah tidak berdaya. Dia terbaring di atas tanah.
            “ Bila , Qila , Hani , Fara...cepat keluar. Akma ni ...!!!” jerit Luqman dari luar. Serta – merta mereka keluar dari khemah menerpa ke arah Akma.
            “ Akma..Ma, kau okey ke ?” ujar Nabila sambil memangku Akma yang kelihatan lemah sangat. Hani dan Qila duduk di sisi Akma. Tidak lama kemudian Fara datang dengan segelas air.
            “ Kita kena bawa Kimi ke klinik sekarang. Kita dah tak ada banyak masa ni,” ujar Ikram yang masih memapah Hakimi bersama Fiqri.
            “ Mana nak cari klinik pagi – pagi buta macam ni ,” ujar Danny.
            “ Aku tak kira , kita kena cari jugak sampai dapat. Nyawa Hakimi dalam bahaya sekarang ni. Dia banyak hilang darah ,” tegas Ikram.
            “ Tak pe , kalau macam tu biar aku , Faizal dengan Ikram pergi. Yang lain berehat dulu. Cepat ,” putus Luqman. Faizal segera menggantikan Fiqri memapah Hakimi menuju ke kereta Luqman.
            Pandangan Akma semakin kabur dan tidak lama kemudian gelap. Nabila , Hani , Qila dan Fara mula cemas.
            “ Akma , bangun ,” ujar Nabila sambil menggoncang tubuh Akma.
            “ Bawalah dia masuk khemah. Dia penat sangat tu. Esok , kalau dia tak sedar lagi kita bawa dia pergi klinik ,” ujar Fiqri. Mereka akur dengan kata – kata Fiqri. Fiqri terus saja masuk ke dalam khemah. Badannya sudah letih sangat...



Nyata tidak ada klinik yang buka di pekan itu. Mereka mula buntu.
            “ Kita terpaksa keluar dari pekan ni nampaknya ,” ujar Faizal.
            “ Tak kisahlah. Yang penting kita kena juga usahakan sesuatu untuk selamatkan Hakimi ,” putus Ikram. Pantas Luqman memecut keretanya keluar dari pekan tersebut ke pekan Chaah. Perjalanan mengambil masa kira – kira setengah jam.
            Mujur sampai di Pekan Chaah , terdapat sebuah klinik 24 jam. Hakimi segera diberi bantuan pernafasan. Tapi tidak lama kemudian , Hakimi di kejarkan ke hospital. Degupan jantungnya terlalu lemah dan dia banyak kehilangan darah.
            Faizal masuk ke dalam ambulans mengikut Hakimi di bawa ke hospital manakala Ikram dan Luqman pulang semula ke air terjun Bekok. Nampaknya perkhemahan mereka akan berakhir lebih awal dari yang mereka rancangkan.


 ************************


            Mereka semua meninggalkan wad di mana Hakimi ditempatkan. Walaupun Hakimi sudah melepasi tahap kritikal , tapi masih belum ada tanda dia akan sedarkan diri. Sudah seminggu Hakimi di situ , tapi masih belum ada tanda yang dia akan sedar.
            Kata doktor hentakan yang kuat dikepala , membuatkan otaknya mengalami gegaran yang kuat. Hakimi koma , tapi tidak dapat dipastikan bila dia akan sedar. Perlahan – lahan air matanya mengalir.
            “ Sudahlah , Ma. Kau menangis macam ni pun takkan mengubah apa – apa. Kita berdoa banyak – banyak supaya Kimi cepat sedar ,” ujar Hani sambil memegang lembut bahu Akma.
            “ Aku takut kalau dia takkan sedar lagi...aku tak nak kehilangan dia. Aku tak sanggup ,” tangis Akma.
            “ Janganlah cakap macam tu. Kita semua tak nak kehilangan Kimi. Dia kawan baik kita. Tapi sabarlah...mungkin esok lusa dia akan sedar , siapa
tahu ?” pujuk Fara. Akma menyeka air matanya. Ikram , Luqman dan Faizal masuk semula.
            “ Jomlah , kita balik. Family dia dah datang tu...” ujar Luqman. Mereka mengangguk setuju. Memang begitu sejak seminggu yang lalu. Mereka akan bergilir – gilir dengan keluarga Hakimi untuk menjaganya setiap hari.
            Tidak lama kemudian kakak dan ibu Hakimi masuk ke dalam. Setelah memberitahu  serba – sedikit tentang Hakimi pada hari itu , mereka pun beredar meninggalkan kawasan hospital.



Fiqri masih tidak mahu melepaskan Akma. Walaupun hatinya sudah mengatakan ‘ break’ tapi Akma masih segar di dalam hatinya. Dia bagitu cemburu melihat Akma terlalu mengambil berat tentang Hakimi. Persoalannya , jika dia ditempat Hakimi , adakah Akma akan melakukan tindakan yang
sama ?..
            Betul ke sayang Akma pada Hakimi hanya sekadar seorang kawan ? Kenapa dia tidak pernah melihat pengorbanan seorang teman sebesar itu ? Dia juga tidak pernah jumpa kawan sebaik Ikram , Luqman dan Faizal. Fiqri mengeluh sendiri.
            “ Apa yang kau mengeluh ni Fiq ?” soal Danny yang duduk di sisi Fiqri. Fiqri tersenyum memandang Danny.
            “ Kalau aku dekat tempat Hakimi , sanggup ke kau buat macam Ikram , Luqman , Faizal dan Akma buat ?” soal Fiqri. Danny tergelak.
            “ Apa kau mengarut ni , Fiq ? Sekarang ni kau okey , kan ?” ujar Danny. Fiqri menggelang – gelengkan kepalanya.
            “ Hari ni mungkin tak ada apa – apa. Esok lusa siapa tahu nasib aku..” balas Fiqri. Danny terdiam. Entahlah dia tidak punya jawapan pada persoalan Fiqri itu.



 ************************



            Mereka benar – benar gembira melihat Hakimi sudah sedar seperti selalu pagi itu. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Syukur sangat kepada Allah...
            “ Nasib baik cepat kau sedar Kimi , kalau tak Akma tak sudah – sudah menangis ni ,” usik Luqman. Mereka tergelak memandang wajah Akma yang sudah merah.
            “ Biarlah aku nak nangis...” tingkah Akma benar – benar bengang. Dia tidak berani memandang Hakimi yang mentertawakannya sejak tadi.
            “ Tapi thanks ya korang semua...sanggup bersusah payah pasal aku. Tak tahu macam mana nak balas jasa korang ,” luah Hakimi. Ikram menepuk lembut bahu Hakimi.
            “ Kitorang kawan – kawan kau. Tak ada apa yang susahnya..tak ada apa yang perlu di balas pun. Tu kau patut berterima kasih sangat kat Akma sebab aku rasa dia separuh nak mati baru dapat jumpa kau ,” ujar Ikram dengan senyuman. Hakimi tersenyum memandang Akma.
            “ Thanks , Ma...Kau memang kawan yang baik ,” ujar Hakimi. Akma tersenyum. Tidak tahu apa yang perlu dia ucapkan. Baginya melihat Hakimi sembuh seperti selalu adalah rahmat yang cukup besar.
            “ Kau tahu Kimi , masa kau hilang tu Akma macam orang gila. Dah tu , dengan dia sekali hilang. Risau gile...” ujar Qila. Akma menepuk bahu Qila.
            “ Yelah , siapa tak risau. Dahlah hujan lebat masa tu...” ujar Akma. Hakimi tergelak.
            “ Tak kisahlah...tapi korang semua memang kawan – kawan yang baik sangat – sangat...” tiba – tiba pintu wad Hakimi dibuka. Fiqri melangkah masuk menyertai mereka.
            “ Assalamualaikum ....”
            “ Waalaikumussalam ,” jawab mereka. Fiqri menghampiri katil Hakimi lalu bersalaman dengannya.
            “ Ha , Kimi...ini pun salah seorang manusia yang selamatkan kau..” ujar Ikram bersungguh – sungguh. Hakimi memandang Fiqri.
            “ Thanks sangat Fiq...” Fiqri tersenyum.
            “ Tak ada apalah. Tapi aku rasa syukur sangat sebab dari situ aku kenal korang semua. Aku tak pernah tengok kawan – kawan sebaik dan seakrab korang...” ujar Fiqri dengan senyuman.
            “ Kau pun kawan kitorang jugak , Fiq..” ujar Hakimi dengan senyuman. Fiqri mengangguk dengan senyuman. Nyata ikatan persahabatan mereka luar biasa. Yang pasti mereka semua bukan sepertinya. Baru dia sedar , persahabatan juga perlukan keredhaan Allah.
            “ Thanks...aku happy sangat sebab korang anggap aku kawan korang..Satu lagi , aku dah nak balik KL petang ni. Harap kita boleh jumpa
lagi ,” ujar Fiqri. Mereka tersenyum.
            “ Jangan risau. Kitorang selalu turun KL..” ujar Luqman.Fiqri tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Dalam masa yang sama dia cuba mencari Akma. Jelas , Akma sudah keluar.
            “ Carilah Akma. Dia baru je keluar tadi,” ujar Hakimi yang perasan Fiqri sedang mencari Akma. Fiqri memandang Hakimi.
            “ Pergilah..kitorang tahu apa yang jadi antara kau dengan Akma. Pergilah settle cara baik ,” ujar Ikram sambil memegang lembut bahu Fiqri. Fiqri tersenyum penuh makna.
            “ Aku keluar dulu. Assalamualaikum ,”
            “ Waalaikumussalam ,”



Akma bersandar di dinding luar wad Hakimi. Dia tidak mahu memandang Fiqri lama – lama. Sayangnya masih ada untuk Fiqri. Dia juga sedih mengakhiri hubungan mereka.
            “ Akma...” pantas Akma cuba menjauhi Fiqri.
            “ Akma nanti dulu. Please...dengar dulu apa saya nak cakap ,” pinta Fiqri. Langkah Akma terhenti.
            “ Tak ada apa lagi awak nak cakap Fiq. Hubungan kita dah berakhir ,” ujar Akma membelakangi Fiqri. Fiqri berdiri di hadapan Akma.
            “ Saya tak nak biarkan hubungan kita berakhir macam tu je ,” ujar Fiqri bersungguh – sungguh. Akma masih membisu.
            “ Tapi saya nak tanya satu perkara pada awak. Kalau saya ditempat Hakimi hari tu , awak akan risaukan saya macam awak risaukan Hakimi ke ?” soal Fiqri. Akma mengangkat muka memandang Fiqri.
            “ Cukup saya kata Hakimi kawan baik saya. Saya sayangkan dia. Dan awak...” pantas Fiqri minta Akma berhenti.
            “ Tolong anggap saya kawan baik awak untuk masa ni..Please..” Akma hilang kata. Dia tidak tahu apa yang Fiqri mahu sebenarnya.
            “ Saya nak balik KL petang ni. Nanti , kalau saya datang semula pada awak...dan masa tu saya betul – betul dah berubah , nak ke awak terima saya semula ?” soal Fiqri. Degupan jantung Akma semakin laju. Dia memandang Fiqri. Matanya sedikit berkaca. Ya Allah benar ke Fiqri benar – benar mahu berubah...?
            “ Saya akan tunggu awak , Fiqri ,” ujar Akma. Hati Fiqri berbunga mekar mendengar jawapan Akma. Fiqri tergelak sendiri.
            “ Saya janji akan datang semula. Akma , awak kena tunggu saya. Saya janji akan datang semula pada awak. Saya janji...” ujar Fiqri bersungguh – sungguh. Akma tersenyum gembira.
            “ Saya janji akan tunggu awak ,” ujar Akma dengan senyuman.
            “ Ehmm...saya kena balik KL ni. Tak ada pesanan ke untuk saya ?” soal Fiqri memandang Akma. Akma tergelak sambil menggeleng – gelangkan kepalanya.
            “ Tak pe. Tapi...saya nak awak tahu saya sayang sangat kat awak ,”
            “ Saya pun sayangkan awak , Fiq ,” ujar Akma. Fiqri mengangguk – anggukkan kepalanya.
            “ Saya balik dulu , assalamualaikum ,”
            “ Waalaikumussalam ,” Akma tersenyum sambil membalas lambaian Fiqri yang semakin jauh dari pandangannya. Akma tersenyum sendiri. Reunion ini membawa 1001 erti dalam hidupnya. Bukan saja dia tahu kawan – kawannya begitu sayang akan dirinya , bukan saja dia tahu betapa sayangnya dia pada semua kawan – kawannya malah dia tahu sekarang beza sayang kepada seorang kawan baik dengan seorang kekasih...Dia nampak bezanya sekarang.
            Benar , sayangnya pada Hakimi hanya sekadar kawan tapi sayangnya pada Fiqri lain..Reunion ini juga , dia dapat menilai cinta Fiqri kepadanya. Reunion ini juga membuatkan hubungannya dengan Fiqri pulih semula...mungkin lebih baik dari dulu...


SELESAI....

No comments:

Post a Comment