Thursday, January 5, 2012

Reunion ( volume 1 )


Akma mengeluh menerima surat jemputan tersebut. Hatinya berat mahu menerima jemputan itu.

‘ Reunion Tingkatan 5 Luqman Al-Hakim batch 2004 ‘

Saudari Akma Amalina bt. Akbar dijemput untuk menghadiri reunion tingakatan 5 Luqman Al-Hakim...pada 3 January 2007.

Pengerusi Program : Hakimi bin Ehsan

Setiausaha Program : Anissa Amani bt. Alias

Akma tersenyum. Macam mana dia nak pergi sedangkan krisis antara mereka hanya tergantung tanpa penyelesaian. Dia ingat lagi panggilan Hakimi 5 bulan lepas.

“ Aku tak nak terlibat apa – apa , Kimi. So sorry ,” jawab Akma apabila Hakimi mahu dia menjadi ajk tertinggi menguruskan program ini.

“ Masih marah lagi ?”

“ Bukan marah , cuma malas nak terlibat. Banyak kerja lain aku nak buat dari uruskan program ni. Aku tak minat nak jumpa sesiapa ,” luah Akma.

“ Ni lah kau. Dari dulu keras kepala tak ubah – ubah. Krisis tu semua berpunca dari hati kau. Diorang tak ada apa – apa pun sebenarnya.

Percayalah ,” pujuk Hakimi.

“ Entahlah....aku tak nak fikir semua tu lagi. Dah lama aku tinggalkan , tolong jangan ungkit lagi. Please...”

“ Ehmm...kalau tu kata kau , tak apalah. Tapi , kau akan datangkan reunion ni nanti ,”

“ Insya Allah , aku tak janji...” balas Akma.

“ Akma...” kelembutan suara Hakimi , sedikit menggugat kekerasan hatinya. Akma mengeluh.

“ Yelah , aku datang ,”

“ Ehmm...macam tu lah. Nanti datang jangan lupa bawa boyfriend kau sekali..Lama tak jumpa dia ,” ujar Hakimi. Dahi Akma sedikit berkerut.

“ Buat apa nak bawa dia sekali. Dia bukan budak sekolah kita pun ,”

“ Ajak je lah. Kawan – kawan kitorang jugak kan. Tapi kalau dia tak nak janganlah paksa. Dia kira cam VIP macam tu ,”

“ Ah , banyaklah kau punya VIP. Tengoklah macam mana nanti. Nanti orang kata aku nak tayang boyfriend pulak ,” balas Akma.

“ Ada ke macam tu. Ehmm...tak apalah. Aku ada kerja ni. Jangan lupa datang tau. Nanti special aku hantar kad jemputan untuk kau yang tengah merajuk tu ,” usik Hakimi. Akma mencebikkan bibirnya.

“ Ehm...okey. Assalamualaikum ,”

“ Waalaikumussalam...”


***********


Akma sedikit terkejut apabila Luqman tiba – tiba masa muncul dihadapannya. Luqman tersengeh memandang Akma.

“ Uish...semangat. Eh , pergi tak minggu depan ?” soal Luqman.

“ Tah , tak tau lagi. Macam malas je ,” Luqman mengeluh mendengar jawapan Akma.

“ Kau ni relaks lah. Jangan di fikir sangat apa yang ada dekat hati kau tu...Kita semua nak enjoy. Mana yang salah faham tu , tolak je tepi. Jumpa diorang semua...anggap je tak ada apa – apa ,” pujuk Luqman. Akma memandang Luqman.

“ Pandainya bercakap , nantilah aku sembahyang istikharah dulu ye ,” ujar Akma dengan senyuman.

“ Ehm...keputusan yang baik. Aku tahu , kau akan pergi juga. Kau takkan hampakan permintaan orang , kan ? “ Akma mengulum sebuah senyuman untuk Luqman. Dia akui kata – kata Luqman.

“ Yelah tu. Kau bawa Lisa sekali tak ?”

“ Ehmm...tak tahu lagi. Tengoklah keadaan. Macam payah je nak bawa. Dia bukan kenal dengan member – member kita pun...tengoklah macam mana. Kau ajak Fiq kau tak ?” soal Luqman. Akma menarik nafas dalam – dalam.

“ Entahlah...aku tak tanya dia lagi pun. Kitorang tengah blur sekarang

ni ,” ujar Akma. Luqman tersenyum.

“ Berapa banyak blur lah kau ni. Kenapa ?”

“ Dia ajak aku turun KL celebrite new year ni. Gila ke..Dia tu masalah betullah. Lantaklah dia , malas nak layan merajuk dia tu ,” luah Akma. Luqman hanya tersenyum. Dia pun tak faham kenapa Akma terima lelaki sosial macam Fiqri tu. Akma memang tak sesuai dengan lelaki macam tu.

Pertama kali dia , Hakimi dan Ikram terserempak Fiqri di KLCC dulu, mereka boleh melihat Fiqri lelaki yang bagaimana. Budak KL , sosialnya pasti lebih bebas. Tapi mereka tidak mahu persoalkan kenapa Akma menerima Fiqri sebagai teman lelakinya. Pasti Akma ada alasannya sendiri.

*********

Lama Akma memandang hand-phonenya yang menjerit minta dijawab. Nama Fiq tertera di skrin hand-phonenya. Hatinya serba – salah mahu menjawab panggilan tersebut. Untuk apa Fiq menghubunginya setelah sekian lama mereka tidak berhubung. Mimpi ke telefon tengah – tengah malam macam ni ?

“ Hello ,”

“ Hello...” suara Fiqri menyapa gegendang telinganya.

“ Ehmm...tak tidur lagi ke ?”

“ Hai...kalau dah menjawab telefon ni , tak tidur lagi lah. Pelik je tiba – tiba telefon malam – malam macam ni. Ada apa – apa ke ?” soal Akma. Dia meletakkan kepalanya dibantal.

“ Tak ada apa yang penting pun. Entah kenapa malam ni tak boleh tidur pulak. Rindu kat kau kot ,” gurau Fiqri. Tawa Akma pecah. Lelaki ni memang dari dulu suka mengayat.

“ Kau ni , dari dulu suka macam tu. Kalau awek kau tahu...”

“ Bila pulak aku ada awek...siapa buat cerita ?” soal Fiqri cuba menafikan andaian Akma.

“ Tak ada awek konon. Muka market cam kau tak ada awek...tipulah,” balas Akma. Fiqri mengeluh.

“ Sumpah , sejak aku kawan dengan kau....aku memang tak ada awek. Awek yang selalu nakkan aku ,” Akma tergelak kecil.

“ Ooo...ni nak kata aku usha kau lah ni ,”

“ Kalau betul apa salahnya..”

“ Hai Fiq...macam – macamlah kau ni. Kau carilah awek yang sesuai untuk kau. Barulah senang hati ,” cadang Akma.

“ Dah ada , tapi tak sure ,”

“ Dah kau tak bagitahu dia , memanglah tak sure. Cuba kau bagitahu...mana tahu dia terima kau,” ujar Akma bersungguh – sungguh.

“ Kau rasa kalau aku bagitahu dia , dia marah aku tak ?”

“ Kalau niat kau ikhlas...insya Allah dia tak marah ,”

“ Kalau aku kata aku suka kau....macam mana ?” Akma tergamam. Dia hilang kata buat seketika.

“ Ehmm....aku ?”

“ Dah lama aku suka kau , tapi tak berani nak cakap. Tak tahulah kenapa...mungkin kau lain dari perempuan – perempuan yang aku kenal. Macam mana ? Boleh ke kau terima aku ?” soal Fiqri. Akma menarik nafas dalam – dalam. Dia tidak boleh terburu – buru.

“ Bagi aku masa boleh ? Mungkin dalam seminggu ,” pinta Akma.

“ Kenapa lama sangat ?”

“ Habis tu kenapa nak cepat sangat ? Kau pun fikirlah elok – elok. Betul ke pilihan kau tu...boleh ?” Fiqri mengangguk sendiri. Dia akur dengan kehendak Akma.

“ Aku harap jawapannya tak mengecewakan ,”

“ Insya Allah....”


No comments:

Post a Comment