Tuesday, February 7, 2012

Reunion ( volume 5)


Menjelang tengah malam , semua sudah masuk tidur kecuali Ikram dan Hakimi kerana mereka akan menjaga kawasan perkhemahan malam itu. Akma masih tidak dapat melelapkan matanya. Dia memandang Hani , Qila , Fara dan Nabila disebelahnya. Mereka sudah lama terlena..Jam di tangannya menunjukkan pukul 3 pagi.

Perlahan – lahan Akma keluar dari khemahnya. Hakimi dan Ikram masih duduk di depan unggun api.

“ Tak tidur lagi ke ?” soal Akma. Hakimi dan Ikram hanya diam membisu. Akma sedikit hairan. Takkan Hakimi dan Ikram langsung tidak menyedari kehadirannya...?

“ Budak – budak semua dah tidur ke ?” soal Akma lagi sambil duduk di hadapan mereka. Entah kenapa terasa seram sejuk tiba – tiba mencengkam kulitnya yang dibaluti selimut tebal. Hakimi dan Ikram masih tidak menjawab pertanyaannya..Dahi Akma sedikit berkerut.

Terasa bulu romanya mula tegak berdiri. Dia kaku seketika. Hakimi dan Ikram masih di situ seakan – akan tidak menyedari akan kehadirannya. Tiba – tiba dia terpandang kaki Hakimi dan Ikram tidak jejak di tanah. Dia cuba untuk menjerit , tapi terasa suaranya tersekat di kerongkong. Untuk terus berlari , terasa kakinya sudah di gam di tanah.

Degupan jantungnya semakin kencang. Wajahnya sudah pucat lesi. Kalau di toreh , pasti tidak ada darah yang akan keluar. Tiba – tiba wajah Hakimi dan Ikram mula berubah. Dia cuba membaca ayat – ayat Quran yang dia ingat , tapi nyata lidahnya kaku. Dia mencuba sedaya mungkin mengucapkan ‘ a’uzubillahiminasyaitanirrajim’....tiba – tiba pandangannya gelap.


*****************

Perlahan – lahan Akma membuka matanya. Kabur. Terasa sekelilingnya kecoh. Sekali lagi dia membuka mata. Hani , Nabila , Fara dan Qila menjamu matanya. Perlahan – lahan Akma duduk.

“ Kimi , Akma dah bangun ,” jerit Fara. Pantas Hakimi dan Ikram berjalan ke arah mereka. Sebaik saja memandang Hakimi dan Ikram , Akma menjerit lalu memeluk Qila disisinya. Qila benar – benar terkejut dengan tindakan Akma.

“ Eh , kenapa ni ?” soal Qila sambil cuba meleraikan pelukan Akma yang begitu kuat hingga melemaskannya. Mereka yang berada di tapak perkhemahan itu mula megerumuni tempat Akma.

“ Eh , Akma...kau ni kenapa ?” soal Ikram hairan. Akma segera menjauhkan diri dari Ikram dan Hakimi yang semakin hampir dengannya. Fiqri hanya memandang segala tindak tanduk Akma. Dia tidak berdaya melakukan apa – apa untuk membantu Akma.

“ Akma...” lembut suara Hakimi memanggil Akma. Fiqri sedikit terpukul. Kenapa Hakimi begitu lembut memanggil Akma..?

“ Istighfar banyak – banyak. Ingat Allah...” pujuk Hakimi lagi. Tidak lama kemudian Ikram datang dengan secawan air masak. Setelah membaca beberapa ayat Al – Quran , Hakimi menghulurkan air tersebut kepada Hani agar diberi kepada Akma.

Untuk seketika , Akma masih tidak mahu menyambut huluran tersebut.

“ Akma , minum air ni ,” pujuk Nabila. Akma menggelengkan kepalanya sambil membelakangkan Hakimi dan Ikram.

“ Tak nak. Dia bukan Hakimi , bukan Ikram...Bukan !!!” jerit Akma.

“ Astagfirullahal’azim...Akma , aku ni Kimi, Kau minum air tu dulu. Minum dulu ,” pujuk Hakimi lagi. Sekali lagi Hani menghulurkan air tersebut kepada Akma. Kali ini Akma akur..dia meneguk air tersebut hingga habis.

Perlahan – lahan riak wajahnya mula berubah.

Dia memandang Hakimi dan Ikram dari atas ke bawah lalu tersenyum sendiri. Masing – masing mula panic. Takut Akma sudah gila.

“ Alhamdulillah...” ujar Akma. Mereka yang lain menanti butir bicara Akma seterusnya.

“ Kau Hakimi dengan Ikram betul , kan ? Bukan hantu...” sambung Akma. Masing – masing tercengang. Fiqri turut kaget. Sudahlah dia memang sangat penakut tiba – tiba Akma mempersoalkan tentang hantu.

“ Hantu..? Aku dengan Ikram betullah ni...” ujar Hakimi.

“ Astagfirullahal’azim...malam tadi aku jumpa hantu korang ,” balas Akma. Serta merta mereka semua sudah berpelukan menjauhi Hakimi dan Ikram.

“ Hantu kitorang ?..”

“ Malam tadi korang tidur pukul berapa ?” soal Akma..

“ Dalam pukul 2 macam tu...kenapa ?” soal Ikram masih tidak lepas memandang Akma. Akma menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Rasa tidak sanggup mengingat peristiwa malam tadi.

Akma menceritakan semua yang terjadi malam tadi. Nyata semua sudah mula ketakutan. Malah ada yang mahu pulang hari itu juga.

“ DIA cuma nak bagi amaran je kat kita malam tadi. Jangan keluar sorang waktu tengah malam..Ni Akma ni budget berani je. So , yang lain janganlah takut sangat. Tak ada apa – apa sebenarnya...okey. Fiqri , apsal aku tengok kau dah pucat lesi tu ?” soal Hakimi memandang Fiqri di sebelah Danny. Semua mata tertumpu ke arah Fiqri.

Akma terdiam. Dia lupa Fiqri adalah manusia paling penakut apalagi bab hantu. Fiqri tersengeh memandang Hakimi.

“ Tak ada apalah..” jawab Fiqri.

“ Okey , kalau macam tu kita mulakan aktiviti kita hari ni. Sebelum tu , kita solat sunat dhuha berjemaah dulu ,” arah Ikram. Mereka yang lain akur dengan perintah Ikram.



No comments:

Post a Comment