Wednesday, February 8, 2012

Reunion ( volume 6)

Semakin lama Fiqri di situ terasa cemburunya semakin memuncak. Benar dia sudah lepaskan Akma , tapi itu tidak bermakna di tidak sayangkan Akma lagi. Dia benar – benar sakit hati melihat kemesraan Akma dan Hakimi. Mereka benar – benar seperti sepasang kekasih. Kenapa Akma tidak pernah melayannya begitu ?

“ Hai , termenung je ?” sapa Nabila lalu duduk di sisi Fiqri. Fiqri tersenyum tidak memandang Nabila.

“ Tak adalah. Tak tahu nak tolong apa ,” jawab Fiqri. Nabila tersenyum.

“ Semua kerja dah siap..tinggal tunggu makan je ,” jawab Nabila. Fiqri membisu seribu bahasa.

“ Awak selalu tengok Akma , kenapa ?” soal Nabila. Fiqri sedikit tersentak. Nabila perasan ke ? Fiqri tergelak cuba melindungi perasaannya.

“ Tak adalah. Cuma pelik je. Dia tu girlfriend Hakimi ke ?” soal Fiqri cuba mencungkil rahsia tentang Akma. Nabila tergelak.

“ Ramai orang kata macam tu...tapi tak adalah. Akma tu dah ada boyfriend. Hakimi tu...single lagi kot. Diorang tu memang dari dulu macam tu...Mungkin sebab serasi ,” jawab Nabila sambil memandang Akma , Qila , Hakimi dan Luqman yang sedang menghidupkan api untuk tanak nasi dan masak air. Sesekali kelihatan mereka sama – sama tergelak. Fiqri nampak Akma benar – benar gembira dengan mereka. Terutamanya bila bersama Hakimi.

“ Habis tu , kenapa tak couple je dengan Hakimi ? Cari orang lainkan lagi susah ,” pancing Fiqri lagi. Dahi Nabila berkerut memandang Fiqri.

“ Entahlah ek. Cuma dulu , Akma macam sukakan Kimi...tapi dia kata Hakimi tu cuma kawan baik dia je. Entahlah...dia tu pelik sikit. Awak , dah ada girlfriend ?” soal Nabila. Fiqri sedikit tersentak. Dia cepat – cepat menguntum sebuah senyuman.

“ Baru clash ,” Nabila mengangguk – anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“ Tapi saya masih sayangkan dia...” sambung Fiqri. Tiba – tiba pula dia rasa senang bercerita dengan Nabila.

“ Dia ke yang minta break ?” Fiqri menggeleng – gelengkan kepalanya.

“ Tak , saya yang minta break. Rasa kitorang memang langsung tak serasi. Sepanjang couple...langsung tak pernah aman. Mungkin dia terpaksa terima saya ,” luah Fiqri. Riak wajah Nabila sedikit berubah.

“ Cubalah terima orang lain ,” cadang Nabila.

“ Saya bukan jenis mudah jatuh cinta ,” jelas Fiqri. Nabila terdiam. Nampaknya bukan mudah baginya mahu menawan hati Fiqri.

**********************


Petang itu , cuaca agak mendung.Hanya menunggu hujan turun. Kalau betul hujan , pasti lebat. Kayu api sudah habis digunakan untuk memasak siang tadi.

“ Kita kena cari kayu api lagi. Kalau tidak malam ni kita bergelaplah ,” ujar Hakimi. Akma memandang Hakimi.

“ Dah mendung ni , takkan kau nak pergi cari sorang ,” ujar Akma meluahkan kebimbangannya. Hakimi tersenyum tidak memandang Akma.

“ Habis tu , takkan nak biar kita bergelap malam ni. Lagi pun sekarang ni bukan ada orang pun kat sini. Budak – budak semua dah mandi kat atas sana. Ha , kau nak masuk hutan tu cari kayu api ke ?” soal Hakimi. Akma menggeleng – gelengkan kepalanya.

“ Dah tu , aku masuk kejap je. Kau jaga sini baik – baik. Nanti Ikram dengan Luqman balik cakap aku masuk dalam tu kejap ,” pesan Hakimi. Akma hanya mengangguk faham.

“ Eh , Ikram dengan Luqman pergi mana ?” soal Akma.

“ Diorangkan keluar kejap pergi beli sardin untuk makan malam ni. Ingat , jangan biar tapak khemah ni kosong. Nanti ada pulak barang yang hilang ,” pesan Hakimi.

“ Ya , aku jaga sini. Kau tu pergi jangan jauh – jauh sangat. Balik cepat. Dah nak hujan ni ,” pesan Akma. Hakimi tersenyum.

“ Ya , kejap je. Aku pergi dulu ,” balas Hakimi lalu meninggalkan Akma. Entah kenapa berat hatinya melihat Hakimi masuk sendiri ke dalam hutan. Harap tak ada apa – apa yang berlaku.

*******************

Sudah 15 minit berlalu , Hakimi masih tidak pulang. Akma mula gelisah. Tinggal dia sendiri di tapak perkhemahan tu. Luqman dan Ikram pula tidak pulang – pulang dari tadi.

“ Akma...” Akma segera berpaling. Fiqri.

“ Hurmm...nak apa ?” soal Akma. Fiqri duduk di hadapan Akma.

“ Apsal garang sangat ni ? Saya buat salah apa – apa ke kat awak ?” soal Fiqri. Akma tidak memandang Fiqri.

“ Saya nak cakap tentang kita ,” ujar Fiqri.

“ Tak ada apa nak cakap lagi. Kita dah tak ada apa – apa sekarang. Dah lah ,” jawab Akma tidak memandang Fiqri.

“ Awak memang tak sayangkan saya , kan ?” soal Fiqri. Akma sedikit tersentak.

“ Kenapa nak persoalkan benda tu lagi ? Kita sama – sama nak break..Dahlah ,” jawab Akma memandang Fiqri yang sedang merenungnya. Ada sedikit gerun dihatinya. Fiqri memandangnya seperti dia hendak ditelannya.

“ Senangnya awak cakap macam tu ,”

“ Yelah , nak cakap bukan susah pun. Habis awak nak suruh saya cakap macam mana ? Nak suruh saya merayu kat awak jangan tinggalkan saya ?” soal Akma. Tiada segaris senyuman pun di wajah Fiqri.

“ Okey...macam mana kalau kita mula sekali lagi ?” cadang Fiqri.

“ Tak nak...” laju saja Akma menjawab.

“ Sebab awak tak pernah sayangkan saya , kan ? Sebab awak sayangkan orang lain ,” ujar Fiqri keras. Akma memandang Fiqri.

“ Apa awak cakap ni ? Saya cuma tak nak keruhkan lagi hubungan kita. Kita mulakan sekali lagi pun , hasilnya tetap sama. Kita tak boleh serasi ,” jawab Akma mula bengang dengan Fiqri.

“ Dengan Hakimi...?”

“ Hakimi tak ada kaitan dengan kita , okey ,” balas Akma.

“ Kenapa tak ada kaitan sedangkan hati awak ada pada dia..Kenapa awak tak pernah layan saya macam awak layan dia ?” soal Fiqri.

“ Kalau pun saya sayangkan dia , itu urusan saya. Tak ada kaitan dengan awak. Hubungan kita dah berakhir...awak tak payah nak persoalkan macam mana saya layan awak dengan dia..” tingkah Akma. Fiqri tergelak kecil.

“ Senangnya bercakap...kita break sebab Hakimi , kan?”

“ Jaga sikit mulut awak tu. Kita break sebab awak. Siapa yang putuskan untuk tak berubah ? Awakkan ? Kalau boleh saya nak teruskan hubungan kita...tapi awak yang putuskan kita jadi macam ni. Saya takkan melutut pada awak minta kita teruskan hubungan ni ,” balas Akma semakin berang. Suaranya mula tinggi.

“ Tapi Hakimi ada dalam hati awak , kan ? Jangan nak nafikan lagi. Saya boleh nampak semuanya ,” tajam Akma memandang Fiqri.

“ Okey...kalau awak nak tahu sangat , memang saya sayangkan Hakimi sebab dia kawan baik saya. Tapi saya pun sayangkan awak...tapi belum sempat saya sayang awak sepenuhnya , awak sendiri buat sayang saya tu hilang semuanya , Fiqri. Semuanya...,” balas Akma. Fiqri memandang Akma. Degupan jantungnya semakin kencang.

“ Okey , fine...fine..!!!” ujar Fiqri lalu meninggalkan Akma. Akma terduduk memandang Fiqri yang semakin jauh. Dia menarik nafas dalam – dalam. Perlahan – lahan air matanya mengalir. Biar Fiqri kecewa sekarang. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyayangi Fiqri lagi.

Tanpa mereka sedari , rupanya pertengkaran mereka tadi menjadi bahan tontonan Ikram , Luqman , Nabila , Hani , Qila dan Fara. Mereka tergamam seketika.

No comments:

Post a Comment