Saturday, March 9, 2013

Reunion ( volume 7 )


Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Akma mula tidak tentu arah. Dia benar – benar risaukan Hakimi. Takkan cari kayu api saja boleh makan sampai dua tiga jam. Hujan yang turun semakin lebat. Mereka semua sudah masuk ke dalam khemah.
            “ Pukul berapa Kimi pergi tadi ?” soal Ikram. Wajahnya jelas menunjukkan kebimbangan.
            “ Dalam pukul 3 lebih macam tu. Macam mana ni ? Dah la dia sorang je kat dalam tu ,” luah Akma. Ikram , Luqman , Danny , Fiqri , Hani , Qila , Fara dan Nabila yang ada di situ membisu seribu bahasa.
            “ Takkan kita nak duduk je macam ni tunggu Kimi tu balik ,” ujar Akma sambil memandang Ikram.
            “ Macam ni , kita tunggu lepas maghrib. Kalau Kimi tak balik jugak , kita masuk cari dia ,” putus Luqman. Akma menggeleng – gelengkan kepalanya.
            “ Nak tunggu dah gelap baru nak cari. Nak nampak siapa ? Silap – silap pokok pun kita boleh langgar ,” bantah Akma.
            “ Akma , relaks okey. Aku yakin Kimi tak apa – apa. Kita tunggu lepas maghrib...” pujuk Hani sambil memegang lembut bahu Akma. Akma menggeleng – gelengkan kepalanya.
            “ Tapi hati aku kuat kata ada yang buruk berlaku pada Kimi. Please Ikram , kita cari Kimi sekarang ,” pinta Akma. Matanya mula berkaca. Kerisauan jelas terpancar di wajahnya.
            “ Tapi hujan lebat ni. Mana nak cari dia..?” ujar Danny. Akma memandang Danny. Tajam sungguh pandangan itu sampai Danny tidak berani membalasnya kembali.
            “ Kita duduk sedap – sedap kat sini , Kimi kat dalam tu yang entah hidup entah mati kita biar macam tu. Kalau korang semua tak nak pergi cari , biar aku pergi sorang !” putus Akma lalu bangun sambil mencapai lampu suluh.
            Mereka sedikit tergamam.
            “ Akma..!!” jeritan Fara langsung tidak diendahkan. Akma sudah hilang dari pandangan.
            “ Man , cepat ikut Akma ,” arah Ikram. Pantas Luqman  berlari mengejar Akma dari belakang.
            “ Macam ni. Danny , Fiq tolong jaga tapak ni. Jangan ke mana – mana sampai kitorang datang semula. Girls tolong jangan keluar dari tapak perkhemahan ni. Please...kitorang akan balik secepat mungkin. Qila..ambik alih tempat Akma. Pastikan tak ada apa – apa yang buruk berlaku kat sini.
Ingat tu ,” arah Ikram. Mereka mengangguk faham.
            Ikram segera mencapai lampu suluh lalu masuk ke dalam hutan megekori mereka. Mereka hanya melihat Ikram hilang ke dalam hutan. Harap mereka cepat bertemu Hakimi.

 ****************

Luqman hilang arah. Dia langsung tidak dapat menjejaki Akma dalam hujan lebat begini.
            “ Akma..!!!!” jeritan Luqman memenuhi kawasan itu. Dia menyapu air hujan yang turun ke mukanya.
            “ Mana Akma ?” soal Ikram yang baru sampai kepadanya.
            “ Aku tak tahu...Dia hilang sebelum sempat aku ikut dia. Macam mana
ni ?” soal Luqman memandang Ikram. Ikram mengeluh.
            “ Entah , aku pun dah tak tahu nak buat macam mana. Sekarang ni Hakimi dengan Akma pulak yang hilang...Tapi rasanya Akma takkan pergi
jauh ,” duga Ikram. Luqman terduduk.
            “ Mana kita nak cari ni...? “ soal Luqman.
            “ Macam ni , kau ke sana aku ke sebelah sini. Jumpa tak jumpa , kita jumpa balik kat sini pukul 7. Lepas tu , kita balik semula ke tapak perkhemahan...” putus Ikram. Luqman mengangguk setuju. Mereka berdua berpecah cuba menjejaki Akma dan Hakimi.


Akma terus berjalan tanpa arah. Otaknya hanya berfikir tentang Hakimi. Air mata sudah banyak mengalir. Dia benar – benar risau akan Hakimi.
            “ Kimi..!!!!” jeritan Akma hanya disambut dengan gema suaranya saja. Dalam hujan lebat itu , pandangannya juga tidak jelas walaupun membawa lampu suluh.
            Jalan yang agak licin membuatkan Akma beberapa kali tergelincir.
            “ Kimi...!!!” Akma menangis sendiri di dalam hujan. Dia buntu. Dalam masa yang sama dia juga takut sendirian di dalam hutan begini. Apalagi hari menjelang malam. Pelbagai andaian menerjah ke otaknya.
            “ Kimi...aku takut....Ya Allah , selamatkanlah Hakimi Ya Allah. Aku mohon pada – Mu. Bawalah aku bertemunya Ya Allah...,” tangis Akma.
Dia benar – benar tidak berdaya. Dia sudah basah kuyup. Rasa sejuk mula mencengkam hingga ke tulang hitam. Dia cuba bangun untuk meneruskan perjalanannya. Belum sempat Akma membuka langkah , dia tergelincir lalu tubuhnya berguling – guling jatuh ke bawah.

 ****************

            Ikram dan Luqman kembali ke tapak perkhemahan dengan wajah hampa. Jelas menggambarkan kekecewaan.
            “ Akma mana ?” soal Qila memandang Ikram dan Luqman.
            “ Kitorang tak dapat kejar dia. Dia pun sama hilang...” ujar Ikram. Mereka yang lain terdiam.
            “ Kita akan cari lagi malam ni. Boys , lepas solat maghrib ni kita masuk hutan cari diorang. Kita tak boleh biarkan diorang sendiri dalam hutan tu. Macam – macam boleh jadi ,” arah Ikram.
            “ Aku nak ikut...,” ujar Nabila tiba – tiba.
            “ Jangan. Biar kitorang je yang pergi. Girls tolong duduk sini dan jangan ke mana – mana. Danny dengan Fiqri boleh tolong jaga girls kat sini ?” soal Ikram memandang Danny dan Fiqri.
            “ Kalau aku nak ikut cari dalam hutan boleh ?” pinta Fiqri. Danny memandang Fiqri.
            “ Takkan aku sorang lelaki kat sini ,” ujar Danny.
            “ Kalau macam tu , Danny , Faizal dengan Hanif tunggu sini. Jangan tinggalkan girls kat sini. Ingat tu ,” arah Ikram. Danny , Faizal dan Hanif mengangguk faham.
            “ Okey kalau macam tu , kita solat maghrib sama – sama lepas tu kita cari diorang ,” putus Ikram. Mereka semua mengangguk faham dan akur dengan perintah Ikram.
            Selesai solat maghrib berjemaah , mereka menunaikan solat sunat hajat , mohon Hakimi dan Akma boleh mereka jumpa dengan selamat malam ini.

 ****************

Akma seperti sudah tidak berdaya. Kepalanya pening akibat berguling dari atas. Perut rasa senak tidak terkata sebab terlanggar pokok. Tiba – tiba dia rasa tenaganya habis. Dia menangis sepuasnya.
            “ Kimi...mana kau ? Kimi..!!!” jerit Akma sekuat hatinya. Dia mengumpulkan semua tenaganya untuk bangun semula. Dia duduk semula. Pandangannya gelap. Dia cuba meraba – raba lampu suluhnya namun sia – sia. Pantas dia meraba hand – phone di poket seluarnya.
            Mujur hand-phonenya masih boleh digunakan. Pandangannya sedikit terang dengan bantuan cahaya hand-phonenya. Dia cuba menghubungi Ikram , namun sia – sia kerana kawasam tersebut langsung tidak dapat talian.
            Tiba – tiba seekor katak agak besar melompat ke kakinya. Serta – merta Akma menjerit lalu melompat ke tempat lain. Katak tersebut benar – benar mengejutkannya. Akma memandang ke kawasan sekeliling.
            Bunyi air terjun jelas kedengaran. Dia pasti kedudukannya pasti tidak jauh dari air terjun. Dia cuba bangun untuk meneruskan perjalanannya. Baru saja melangkah dua tapak , kakinya tersadung akar yang banyak merintang di tanah.
            Sekali lagi perutnya senak kerana terkena akar pokok tersebut. Hand – phonenya tercampak. Kakinya sakit tidak terkata.
            “ Hai , Kimi. Kenapa besar sangat ujian aku nak cari kau. Cepatlah kau muncul. Aku dah tak larat dah ni. Boleh mati aku macam ni ,” rungut Akma sendiri. Hilang rasa takutnya dalam keadaan sebegitu. Akma segera mendapatkan hand-phonenya yang tercampak ke dalam semak.
            Sebaik saja mencapai hand-phonenya , Akma menjerit sekuat hati lalu menjauhi kawasan tersebut. Dia menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Lama dia menjerit akhirnya dia berhenti juga. Dia cuba melihat kembali apa yang dia nampak sebentar tadi.
            Sekujur tubuh tidak bergerak sedang tertiarap di dalam semak. Akma takut – takut menghampiri tubuh tersebut. Mungkinkah mayat seseorang...? tiba – tiba dia teringatkan Hakimi.
            “ Kimi...?” Akma segera mendapatkan tubuh tersebut. Dia yakin itulah Hakimi kerana dia kenal sweater Hakimi. Akma cuba menggerakkan tubuh tersebut , namun sia – sia.
            “ Kimi..Kimi...bangunlah. Janganlah menakutkan aku ,” ujar Akma. Dia beranikan diri cuba membalikkan tubuh tersebut.
            “ Kimi..!!!” terkejut dia melihat darah di dahi Hakimi. Matanya tiba – tiba terpandang kesan darah pada seketul batu yang agak besar. Air mata mula mengalir ke pipinya.
            “ Kimi bangun Kimi...Bangun...” tangis Akma sambil menggoncang tubuh Hakimi. Usahanya sia – sia. Akma menangis lalu bersandar pada sebatang pokok. Fikirannya buntu. Dia tak mungkin dapat membawa Hakimi keluar dari situ.

 ****************

Mereka sudah mula putus asa mencari Akma dan Hakimi. Jam di tangan menunjukkan pukul 10 malam. Sudah hampir 2 jam mereka di dalam hutan. Namun langsung tidak mendatangkan hasil.
            “ Macam mana ni ?” soal Fiqri memandang Ikram. Ikram menggeleng – gelengkan kepalanya.
            “ Entahlah. Aku dah cakap dengan diorang kalau dah pukul 10 semua kena balik semula ke tapak perkhemahan ,” ujar Ikram.
            “ Habis Kimi dengan Akma macam mana ?” soal Fiqri.
            “ Itu yang aku risaukan. Tak apalah. Kita cuba ke depan sikit. Kita balik pukul 10.30 ,” putus Ikram lalu meneruskan perjalanannya. Fiqri akur dengan kata Ikram.
            “ Akma...!!!! Kimi...!!!!” mereka bergilir – gilir menjerit nama Akma dan Hakimi. Namun panggilan mereka langsung tidak bersahut. Hanya kedengaran gema suara mereka.



Tangis Akma serta merta berhenti sebaik saja mendengar namanya dan Hakimi dipanggil. Dia cuba mencari arah datangnya suara itu. Tapi dia kenal itu suara Ikram.
            “ Ikram...!!!!!” jerit Akma sekuat hati dengan harapan Ikram akan mendengar suaranya.
            “ Kimi...tolonglah jangan mati. Kau tak boleh tinggalkan kitorang ,” tangis Akma.
            “ Akma....!!! Kimi...!!!!” suara Ikram semakin hampir. Tiba – tiba dia terdengar bunyi derap kaki meredah semak.
            “ Ikram..!!!” jerit Akma. Serta – merta derap kaki itu terhenti.
            “ Akma , kau kat mana ? Aku tak nampak kau ,” soal Ikram. Suara Ikram benar – benar dekat dengannya.
            “ Aku kat bawah ni. Ikram cepat...Kimi Ikram. Kimi teruk ni ,” tangis Akma bersungguh – sungguh.
            “ Kat bawah mana ?” soal Ikram mula cemas. Haluan lampu suluhnya mula tidak tentu arah. Fiqri turut mencari arah suara Akma.
            Akma buntu seketika. Dia mencapai hand – phonenya lalu menghalakannya ke atas dengan harapan Ikram akan dapat mengesannya.
            “ Ikram , kau tengok bawah cari cahaya. Aku kat situ ,” ujar Akma. Ikram dan Fiqri cuba mengikut arahan Akma namun sia – sia. Mungkin Akma bukan di sekitar mereka.
            “ Akma aku tak dapat kau. Kau tak boleh keluar ke ?” soal Ikram.
            “ Aku tak dapat naik. Licin sangat ,” jawab Akma.
            “ Macam mana ni ?” soal Fiqri.
            “ Kita kena cari sekitar sini sampai dapat. Selagi tak dapat kita tak boleh balik ,” ujar Ikram. Fiqri mengangguk faham. Mereka terus berjalan di sekitar kawasan itu.
            “ Akma , kau dengar sini. Sekarang suara aku makin dekat atau makin jauh dari kau ?” soal Ikram. Tiada jawapan.
            “ Akma...”
            “ Suara kau makin jauh tapi bunyi orang berjalan makin dekat ,” jawab Akma cuba memberi isyarat kepada Ikram.
            “ Fiqri kau jalan terus ,” arah Ikram. Akma terdiam seketika.
            “ Fiqri ?” ujar Akma sendiri.
            “ Okey , macam mana sekarang ?” soal Ikram.
            “ Suara kau makin dekat , bunyi orang berjalan makin jauh ,” ujar Akma. Serta – merta Fiqri berhenti. Maknanya dia sudah melepasi tempat Akma. Dia berpatah balik.
            “ Ikram , sini. Tu cahaya hand-phone tu ,” ujar Fiqri separuh menjerit sebaik saja melihat cahaya kecil di bawah sebatang pokok.
            “ Akma , kitorang dah dapat kau ,” ujar Ikram dari atas sambil menyuluhkan lampu suluhnya ke arah Akma.
            “ Ikram , cepat turun. Hakimi teruk ni...” desak Akma.
            “ Sekejap , kitorang turun ,” ujar Ikram.
            “ Kalau kita berdua turun , siapa nak bawa Hakimi naik ke atas ?” soal Fiqri. Ikram senyap seketika. Dia mengakui kata – kata Fiqri. Tiba – tiba dia terdengar bunyi deruan air terjun.
            “ Aku rasa bawah ni air terjun. So kita boleh bawa Hakimi balik lalu bawah. Akma , bawah tu air terjun ke ?” soal Ikram dari atas. Akma segera bangun cuba memeriksa kawasan sekeliling. Nyata tekaan Ikram itu benar.
            “ Ha...air terjun ! “ jerit Akma dari bawah.
            “ Okey Fiq , kita turun sekarang. Kita kena bawa Hakimi keluar dari sini cepat ,” ujar Ikram. Fiqri mengangguk setuju. Perlahan – lahan mereka cuba turun ke bawah tapi akhirnya mereka sama – sama tergelincir jatuh ke bawah.

Wednesday, February 8, 2012

Reunion ( volume 6)

Semakin lama Fiqri di situ terasa cemburunya semakin memuncak. Benar dia sudah lepaskan Akma , tapi itu tidak bermakna di tidak sayangkan Akma lagi. Dia benar – benar sakit hati melihat kemesraan Akma dan Hakimi. Mereka benar – benar seperti sepasang kekasih. Kenapa Akma tidak pernah melayannya begitu ?

“ Hai , termenung je ?” sapa Nabila lalu duduk di sisi Fiqri. Fiqri tersenyum tidak memandang Nabila.

“ Tak adalah. Tak tahu nak tolong apa ,” jawab Fiqri. Nabila tersenyum.

“ Semua kerja dah siap..tinggal tunggu makan je ,” jawab Nabila. Fiqri membisu seribu bahasa.

“ Awak selalu tengok Akma , kenapa ?” soal Nabila. Fiqri sedikit tersentak. Nabila perasan ke ? Fiqri tergelak cuba melindungi perasaannya.

“ Tak adalah. Cuma pelik je. Dia tu girlfriend Hakimi ke ?” soal Fiqri cuba mencungkil rahsia tentang Akma. Nabila tergelak.

“ Ramai orang kata macam tu...tapi tak adalah. Akma tu dah ada boyfriend. Hakimi tu...single lagi kot. Diorang tu memang dari dulu macam tu...Mungkin sebab serasi ,” jawab Nabila sambil memandang Akma , Qila , Hakimi dan Luqman yang sedang menghidupkan api untuk tanak nasi dan masak air. Sesekali kelihatan mereka sama – sama tergelak. Fiqri nampak Akma benar – benar gembira dengan mereka. Terutamanya bila bersama Hakimi.

“ Habis tu , kenapa tak couple je dengan Hakimi ? Cari orang lainkan lagi susah ,” pancing Fiqri lagi. Dahi Nabila berkerut memandang Fiqri.

“ Entahlah ek. Cuma dulu , Akma macam sukakan Kimi...tapi dia kata Hakimi tu cuma kawan baik dia je. Entahlah...dia tu pelik sikit. Awak , dah ada girlfriend ?” soal Nabila. Fiqri sedikit tersentak. Dia cepat – cepat menguntum sebuah senyuman.

“ Baru clash ,” Nabila mengangguk – anggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“ Tapi saya masih sayangkan dia...” sambung Fiqri. Tiba – tiba pula dia rasa senang bercerita dengan Nabila.

“ Dia ke yang minta break ?” Fiqri menggeleng – gelengkan kepalanya.

“ Tak , saya yang minta break. Rasa kitorang memang langsung tak serasi. Sepanjang couple...langsung tak pernah aman. Mungkin dia terpaksa terima saya ,” luah Fiqri. Riak wajah Nabila sedikit berubah.

“ Cubalah terima orang lain ,” cadang Nabila.

“ Saya bukan jenis mudah jatuh cinta ,” jelas Fiqri. Nabila terdiam. Nampaknya bukan mudah baginya mahu menawan hati Fiqri.

**********************


Petang itu , cuaca agak mendung.Hanya menunggu hujan turun. Kalau betul hujan , pasti lebat. Kayu api sudah habis digunakan untuk memasak siang tadi.

“ Kita kena cari kayu api lagi. Kalau tidak malam ni kita bergelaplah ,” ujar Hakimi. Akma memandang Hakimi.

“ Dah mendung ni , takkan kau nak pergi cari sorang ,” ujar Akma meluahkan kebimbangannya. Hakimi tersenyum tidak memandang Akma.

“ Habis tu , takkan nak biar kita bergelap malam ni. Lagi pun sekarang ni bukan ada orang pun kat sini. Budak – budak semua dah mandi kat atas sana. Ha , kau nak masuk hutan tu cari kayu api ke ?” soal Hakimi. Akma menggeleng – gelengkan kepalanya.

“ Dah tu , aku masuk kejap je. Kau jaga sini baik – baik. Nanti Ikram dengan Luqman balik cakap aku masuk dalam tu kejap ,” pesan Hakimi. Akma hanya mengangguk faham.

“ Eh , Ikram dengan Luqman pergi mana ?” soal Akma.

“ Diorangkan keluar kejap pergi beli sardin untuk makan malam ni. Ingat , jangan biar tapak khemah ni kosong. Nanti ada pulak barang yang hilang ,” pesan Hakimi.

“ Ya , aku jaga sini. Kau tu pergi jangan jauh – jauh sangat. Balik cepat. Dah nak hujan ni ,” pesan Akma. Hakimi tersenyum.

“ Ya , kejap je. Aku pergi dulu ,” balas Hakimi lalu meninggalkan Akma. Entah kenapa berat hatinya melihat Hakimi masuk sendiri ke dalam hutan. Harap tak ada apa – apa yang berlaku.

*******************

Sudah 15 minit berlalu , Hakimi masih tidak pulang. Akma mula gelisah. Tinggal dia sendiri di tapak perkhemahan tu. Luqman dan Ikram pula tidak pulang – pulang dari tadi.

“ Akma...” Akma segera berpaling. Fiqri.

“ Hurmm...nak apa ?” soal Akma. Fiqri duduk di hadapan Akma.

“ Apsal garang sangat ni ? Saya buat salah apa – apa ke kat awak ?” soal Fiqri. Akma tidak memandang Fiqri.

“ Saya nak cakap tentang kita ,” ujar Fiqri.

“ Tak ada apa nak cakap lagi. Kita dah tak ada apa – apa sekarang. Dah lah ,” jawab Akma tidak memandang Fiqri.

“ Awak memang tak sayangkan saya , kan ?” soal Fiqri. Akma sedikit tersentak.

“ Kenapa nak persoalkan benda tu lagi ? Kita sama – sama nak break..Dahlah ,” jawab Akma memandang Fiqri yang sedang merenungnya. Ada sedikit gerun dihatinya. Fiqri memandangnya seperti dia hendak ditelannya.

“ Senangnya awak cakap macam tu ,”

“ Yelah , nak cakap bukan susah pun. Habis awak nak suruh saya cakap macam mana ? Nak suruh saya merayu kat awak jangan tinggalkan saya ?” soal Akma. Tiada segaris senyuman pun di wajah Fiqri.

“ Okey...macam mana kalau kita mula sekali lagi ?” cadang Fiqri.

“ Tak nak...” laju saja Akma menjawab.

“ Sebab awak tak pernah sayangkan saya , kan ? Sebab awak sayangkan orang lain ,” ujar Fiqri keras. Akma memandang Fiqri.

“ Apa awak cakap ni ? Saya cuma tak nak keruhkan lagi hubungan kita. Kita mulakan sekali lagi pun , hasilnya tetap sama. Kita tak boleh serasi ,” jawab Akma mula bengang dengan Fiqri.

“ Dengan Hakimi...?”

“ Hakimi tak ada kaitan dengan kita , okey ,” balas Akma.

“ Kenapa tak ada kaitan sedangkan hati awak ada pada dia..Kenapa awak tak pernah layan saya macam awak layan dia ?” soal Fiqri.

“ Kalau pun saya sayangkan dia , itu urusan saya. Tak ada kaitan dengan awak. Hubungan kita dah berakhir...awak tak payah nak persoalkan macam mana saya layan awak dengan dia..” tingkah Akma. Fiqri tergelak kecil.

“ Senangnya bercakap...kita break sebab Hakimi , kan?”

“ Jaga sikit mulut awak tu. Kita break sebab awak. Siapa yang putuskan untuk tak berubah ? Awakkan ? Kalau boleh saya nak teruskan hubungan kita...tapi awak yang putuskan kita jadi macam ni. Saya takkan melutut pada awak minta kita teruskan hubungan ni ,” balas Akma semakin berang. Suaranya mula tinggi.

“ Tapi Hakimi ada dalam hati awak , kan ? Jangan nak nafikan lagi. Saya boleh nampak semuanya ,” tajam Akma memandang Fiqri.

“ Okey...kalau awak nak tahu sangat , memang saya sayangkan Hakimi sebab dia kawan baik saya. Tapi saya pun sayangkan awak...tapi belum sempat saya sayang awak sepenuhnya , awak sendiri buat sayang saya tu hilang semuanya , Fiqri. Semuanya...,” balas Akma. Fiqri memandang Akma. Degupan jantungnya semakin kencang.

“ Okey , fine...fine..!!!” ujar Fiqri lalu meninggalkan Akma. Akma terduduk memandang Fiqri yang semakin jauh. Dia menarik nafas dalam – dalam. Perlahan – lahan air matanya mengalir. Biar Fiqri kecewa sekarang. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyayangi Fiqri lagi.

Tanpa mereka sedari , rupanya pertengkaran mereka tadi menjadi bahan tontonan Ikram , Luqman , Nabila , Hani , Qila dan Fara. Mereka tergamam seketika.

Tuesday, February 7, 2012

Reunion ( volume 5)


Menjelang tengah malam , semua sudah masuk tidur kecuali Ikram dan Hakimi kerana mereka akan menjaga kawasan perkhemahan malam itu. Akma masih tidak dapat melelapkan matanya. Dia memandang Hani , Qila , Fara dan Nabila disebelahnya. Mereka sudah lama terlena..Jam di tangannya menunjukkan pukul 3 pagi.

Perlahan – lahan Akma keluar dari khemahnya. Hakimi dan Ikram masih duduk di depan unggun api.

“ Tak tidur lagi ke ?” soal Akma. Hakimi dan Ikram hanya diam membisu. Akma sedikit hairan. Takkan Hakimi dan Ikram langsung tidak menyedari kehadirannya...?

“ Budak – budak semua dah tidur ke ?” soal Akma lagi sambil duduk di hadapan mereka. Entah kenapa terasa seram sejuk tiba – tiba mencengkam kulitnya yang dibaluti selimut tebal. Hakimi dan Ikram masih tidak menjawab pertanyaannya..Dahi Akma sedikit berkerut.

Terasa bulu romanya mula tegak berdiri. Dia kaku seketika. Hakimi dan Ikram masih di situ seakan – akan tidak menyedari akan kehadirannya. Tiba – tiba dia terpandang kaki Hakimi dan Ikram tidak jejak di tanah. Dia cuba untuk menjerit , tapi terasa suaranya tersekat di kerongkong. Untuk terus berlari , terasa kakinya sudah di gam di tanah.

Degupan jantungnya semakin kencang. Wajahnya sudah pucat lesi. Kalau di toreh , pasti tidak ada darah yang akan keluar. Tiba – tiba wajah Hakimi dan Ikram mula berubah. Dia cuba membaca ayat – ayat Quran yang dia ingat , tapi nyata lidahnya kaku. Dia mencuba sedaya mungkin mengucapkan ‘ a’uzubillahiminasyaitanirrajim’....tiba – tiba pandangannya gelap.


*****************

Perlahan – lahan Akma membuka matanya. Kabur. Terasa sekelilingnya kecoh. Sekali lagi dia membuka mata. Hani , Nabila , Fara dan Qila menjamu matanya. Perlahan – lahan Akma duduk.

“ Kimi , Akma dah bangun ,” jerit Fara. Pantas Hakimi dan Ikram berjalan ke arah mereka. Sebaik saja memandang Hakimi dan Ikram , Akma menjerit lalu memeluk Qila disisinya. Qila benar – benar terkejut dengan tindakan Akma.

“ Eh , kenapa ni ?” soal Qila sambil cuba meleraikan pelukan Akma yang begitu kuat hingga melemaskannya. Mereka yang berada di tapak perkhemahan itu mula megerumuni tempat Akma.

“ Eh , Akma...kau ni kenapa ?” soal Ikram hairan. Akma segera menjauhkan diri dari Ikram dan Hakimi yang semakin hampir dengannya. Fiqri hanya memandang segala tindak tanduk Akma. Dia tidak berdaya melakukan apa – apa untuk membantu Akma.

“ Akma...” lembut suara Hakimi memanggil Akma. Fiqri sedikit terpukul. Kenapa Hakimi begitu lembut memanggil Akma..?

“ Istighfar banyak – banyak. Ingat Allah...” pujuk Hakimi lagi. Tidak lama kemudian Ikram datang dengan secawan air masak. Setelah membaca beberapa ayat Al – Quran , Hakimi menghulurkan air tersebut kepada Hani agar diberi kepada Akma.

Untuk seketika , Akma masih tidak mahu menyambut huluran tersebut.

“ Akma , minum air ni ,” pujuk Nabila. Akma menggelengkan kepalanya sambil membelakangkan Hakimi dan Ikram.

“ Tak nak. Dia bukan Hakimi , bukan Ikram...Bukan !!!” jerit Akma.

“ Astagfirullahal’azim...Akma , aku ni Kimi, Kau minum air tu dulu. Minum dulu ,” pujuk Hakimi lagi. Sekali lagi Hani menghulurkan air tersebut kepada Akma. Kali ini Akma akur..dia meneguk air tersebut hingga habis.

Perlahan – lahan riak wajahnya mula berubah.

Dia memandang Hakimi dan Ikram dari atas ke bawah lalu tersenyum sendiri. Masing – masing mula panic. Takut Akma sudah gila.

“ Alhamdulillah...” ujar Akma. Mereka yang lain menanti butir bicara Akma seterusnya.

“ Kau Hakimi dengan Ikram betul , kan ? Bukan hantu...” sambung Akma. Masing – masing tercengang. Fiqri turut kaget. Sudahlah dia memang sangat penakut tiba – tiba Akma mempersoalkan tentang hantu.

“ Hantu..? Aku dengan Ikram betullah ni...” ujar Hakimi.

“ Astagfirullahal’azim...malam tadi aku jumpa hantu korang ,” balas Akma. Serta merta mereka semua sudah berpelukan menjauhi Hakimi dan Ikram.

“ Hantu kitorang ?..”

“ Malam tadi korang tidur pukul berapa ?” soal Akma..

“ Dalam pukul 2 macam tu...kenapa ?” soal Ikram masih tidak lepas memandang Akma. Akma menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Rasa tidak sanggup mengingat peristiwa malam tadi.

Akma menceritakan semua yang terjadi malam tadi. Nyata semua sudah mula ketakutan. Malah ada yang mahu pulang hari itu juga.

“ DIA cuma nak bagi amaran je kat kita malam tadi. Jangan keluar sorang waktu tengah malam..Ni Akma ni budget berani je. So , yang lain janganlah takut sangat. Tak ada apa – apa sebenarnya...okey. Fiqri , apsal aku tengok kau dah pucat lesi tu ?” soal Hakimi memandang Fiqri di sebelah Danny. Semua mata tertumpu ke arah Fiqri.

Akma terdiam. Dia lupa Fiqri adalah manusia paling penakut apalagi bab hantu. Fiqri tersengeh memandang Hakimi.

“ Tak ada apalah..” jawab Fiqri.

“ Okey , kalau macam tu kita mulakan aktiviti kita hari ni. Sebelum tu , kita solat sunat dhuha berjemaah dulu ,” arah Ikram. Mereka yang lain akur dengan perintah Ikram.



Juara Bukan Yang Pertama ( TUNAS CIPTA SEPTEMBER 2023 )

Sampul surat tawaran masuk ke MRSM di genggam kemas. Melisa masih berkira-kira untuk memberitahu kedua orang tuanya berkaitan tawaran terseb...